Tulisan Sentap Memang Disengajakan
Kenapa saya menulis tentang isu ICERD & ancaman terhadap Islam secara sentap?
Sebab yang tulis secara ilmiah dah banyak sangat – tapi masih ramai orang Islam yang back-up abang besar mereka & siap sindir kumpulan yg berusaha menentang ICERD.
Modus operandi sama macam isu OktoberFest dahulu.
Dari awal kumpulan yang menentang dan konsisten melawan OktoberFest, disindir dan dicemuh.
Hujung-hujung barulah kata mereka pun menentang OktoberFest dan bangga apabila OktoberFest tidak dianjurkan selepas masuk November.
Selepas tamat isu OktoberFest, kedua-dua kumpulan tadi masih bergaduh dan bertelagah.
Sama macam isu ICERD. Sedari awal tentangan dibuat, tapi ia dibalas dengan back-up abang besar mereka dan sindiran sinis terhadap kumpulan yang menentang. Itupun lepas dapat green light. Sebelum itu siap buat artikel dan kenyataan untuk memberi justifikasi tentang ICERD.
Hujung-hujung mereka akan kata mereka pun menentang ICERD tapi masih dengan sindiran terhadap usaha kumpulan yang menentang.
Akan datang JIKA kerajaan umumkan secara rasmi, lagi-lagi sindiran dan cemuhan.
Status ini nanti pun akan ada sindiran dan cemuhan itu dan kedua-dua kumpulan akan terus bergaduh dan saling bertelagah.
Agak-agak, siapa yang akan tepuk tangan melihat situasi ini? Musuh Islam.
Dan percayalah, selepas ini akan berulang kitaran yang sama.
Timbul isu menyentuh sensitiviti agama Islam > Akan ada kumpulan yang membantah dan menentang > Akan ada kumpulan orang Islam yang back-up dan menyindir usaha tentangan tadi > Kerajaan batalkan > Kedua-dua kumpulan tadi terus bertelagah > Musuh Islam tepuk tangan > Musuh Islam timbulkan isu sensitiviti agama Islam > Ulang dari awal.
Ia akan berulang, cuma isu sensitiviti itu berbeza-beza.
Siapa rajin, boleh tolong lukis kitaran di atas.
Ok. Sekarang, sambung gaduh.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran