fbpx

“Tunjukkan bukti riba dalam statement forex”

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 501Words
  • 247Views

“Tunjukkan bukti riba dalam statement forex”.

Inilah punca kenapa geng forex trader menolak fatwa pengharaman forex trading disebabkan ada riba.

Bagi mereka riba adalah bayar lebih. Pinjam RM1,000, kena bayar balik RM2,000 – nampak lebihan dalam akaun, barulah dikira riba.

Ya, itu riba. Tapi bukan itu sahaja riba.

Untuk memahami riba, kena rujuk Quran Hadith Ijmak Qiyas.

Kita rujuk hadith berkenaan riba, antaranya

‘Ubadah Bin al-Somit RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta “

Hadis Muslim (1587)

Rujuk kedua-dua hadith di atas. Penukaran item-item ribawi WAJIB dilakukan secara SERTA MERTA.

Ulama kontemporari berijtihad bahawa wang adalah item ribawi, maka ia tertakluk kepada syarat fiqh muamalat.

Sebab itu dalam ini, forex money changer tidak timbul sangat isu syariah dan riba. Sebab peniaga matawang di money changer melakukan urusniaga secara tunai. Jika ia tidak berlaku serta merta, penukaran wang di kaunter money changer adalah riba.

Kita bayar 4000 duit RM Malaysia, dapat 1000 duit USD Amerika Syarikat. Ia berlaku secara on the spot di kaunter money changer. Itu pun ialah forex tapi buka telegram forex trading. Forex money changer sebegini banyak dilakukan juga oleh institusi kewangan seperti bank-bank dan Tabung Haji.

Tapi adakah forex online trading dilakukan secara serta merta? Inilah yang menjadi isu besar dalam forex trading online.

Adakah broker memiliki matawang-matawang asing apabila mereka menyediakan platform forex, sebagai forex money changer?

Adakah trader menerima matawang-matawang tersebut secara hakiki atau pun hukmi, sebagaimana forex money changer?

Adakah forex trader boleh menggunakan matawang asing yang dibeli sebagaimana kita dapat duit matawang asing daripada money changer?

Inilah perkara-perkara yang dibahaskan oleh para alim ulama dan Ijmak ulama dan fatwa sedunia mengharamkan forex online trading kerana adanya unsur riba.

Di mana berlaku riba? Riba berlaku matawang-matawang asing yang didagangkan tidak berlaku pertukaran secara serta merta sama ada secara hukmi atau hakiki.

Sekiranya pertukaran wang di money changer tidak berlaku secara serta merta, ia juga berlaku riba. Contohnya, jika kita bayar 4000 duit RM Malaysia tapi tiada stok, dan kena tunggu beberapa jam untuk menerima wang 1000 USD disebabkan orang kaunter money changer pergi tukar duit RM Malaysia tadi dengan supplier lain – maka ia berlaku riba.

Saya yakin forex trader takkan terima penjelasan ini. Tak percaya, tengok kat komen.

Jauhilah riba. Jauhilah forex trading.

IKLAN: Promosi TERKEJUT Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM29 sahaja! Harga biasa RM49, tapi sempena musim pesta buku, saya buat PROMOSI TERKEJUT RM29 sahaja (tak termasuk postage)

Klik di sini
Klik di sini
Klik di sini

*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.

*Dalam pakej ini mengandungi

  • Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
  • Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
  • Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
  • Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
  • Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran

*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Tiara, menggamit kenangan zaman persekolahan Tiara, ku mimpi kita bersanding…