fbpx

Ubah Sikap Untuk Kejar Azam

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 300Words
  • 357Views

Tulisan dari FB Tn Hannan Shawalludin ini berkenaan perubahan sikap yang perlu untuk mengejar azam.

Kalau azam tahun ni kau plan nak tingkatkan tahap kewangan kau, pertama sekali kau kena ubah sikap kau.
.

1. Ubah sikap berbelanja

Yang buat duit kau tak cukup setiap bulan tu mungkin sebab bab belanja ni kau culas sikit.
.

Tak salah nak belanja kawan-kawan minum, belanja tunang makan kek atau belanja mak ayah makan seafood, tapi masukkanlah semua tu dalam bajet bulanan kau.
.

Urus duit ni bukan bermaksud kau kena simpan je duit tu, tak belanja-belanja. Kau hanya perlu disiplin berbelanja. Tak kiralah kau belanja diri kau yang dah berkerja keras, atau belanja orang lain untuk mengembirakan diorang.
.
.

2. Ubah sikap berkerja

Kalau kau bagus buat kerja, tak da sebab untuk kau tak dinaikkan pangkat atau dinaikkan gaji, melainkan syarikat kau kerja tu hanya menghargai orang yang pandai cakap dan kaki kipas je. Kalau syarikat kau macam tu, bersabarlah banyak-banyak ya.

Kalau kau malas, kena belajar-belajar ubah sikap jadi rajin. Bila kau rajin, atau kau memang dilahirkan dengan sikap rajin, boleh berjinak-jinak dengan part time business atau part time job.

Kalau tak banyak pun, dapat RM 100-200 dari part time business pun dah kira bagus dah. Siapa nak kasi kau RM 100-200 setiap bulan?
.
.

Bila kau ubah 2 benda ni, baru kau akan perasan tahap kewangan kau mula berubah.

Sebabnya?

Sekarang kau dah ada duit lebih setiap bulan. Kalau tak selama ni asyik pinjam duit kawan-kawan je akhir bulan kan?

Bila kau dah ada duit lebih setiap bulan, barulah mudah kau nak upgrade lagi tahap kewangan kau.

Nak dengar lagi? Nanti saya membebel macam mana nak tingkatkan tahap kewangan kau ke tahap seterusnya.

Hannan Shawalludin
INFAQ Consultancy
0195775905

#sembangkewangan #urusduit #millionairemind #muhasabahdiri#takafulikhlas #takaful #rancangkewangan #celikkewangan #infaq#infaqconsultancy #afyanmatrawi #afyan #duitdananakmuda#pasanganpengantin #graduan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Siapa nak sediakan cek berjumlah sebegini untuk ahli keluarga mereka…