fbpx

Uji Kaji Mudah Untuk Join Bisnes MLM / Bisnes Refferal

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 393Words
  • 519Views

Selepas video saya tentang MLM tersiar di ML Studios, ramai pula yang tanya saya macam-macam jenis MLM.

(Video tersebut boleh ditonton di sini : Video Tentang MLM-ML Studios

Ada yg saya pernah dengar. Ada yg saya tak pernah dengar.

Maaf, saya tak ada masa untuk kaji semua.

Tiada masalah utk join mana-mana bisnes.

Cuma sebelum join, buat ujikaji mudah ini:

Tanya satu soalan;

“Produk ini aku akan beli tak kalau bukan sebab ejen promote peluang buat duit?”

Cuba tanya balik;

“Kalau aku beli sim kad ini dengan harga RM90, tanpa ada peluang buat duit – aku beli tak?”

“Kalau aku beli kopi ini dengan harga RM200 sekotak, tanpa ada peluang buat duit – aku beli tak?”

“Kalau aku beli kad penjimatan eletrik ini dengan harga RM500, tanpa ada peluang buat duit – aku beli tak?”

“Kalau aku beli supplement food gabungan kurma, kismis, ginkgo biloba, cipan ini dengan harga RM200 tanpa peluang buat duit – aku beli tak?”

“Aku beli tak penapis air harga riban-riban ini tanpa peluang untuk buat duit?”

Jika jawapannya “Tidak”, elok lari jauh-jauh 100kmj dulu kemudian duduk seorang diri dan fikir masak-masak 2.6 billion kali sebelum sertai.

Sebab, apa faedah beli produk mahal hanya kerana peluang buat duit?

Produk yg bagus mampu dijual tanpa perlu ceritakan peluang buat duit daripada produk tersebut.

Cuba tengok MLM yg boleh bertahan di dunia spt Amway, Tupperware dll – memang produk mereka orang beli tanpa perlu diceritakan peluang buat duit.

Oh ya, saya suka sebut Tupperware sebagai contoh MLM sebab;

– Ia bertahan dari zaman saya budak sampai saya jadi bapa budak.

– Tak ramai tahu bahawa Tupperware ialah produk MLM

– Produk Tuppaware wujud di sellllluuuuh Malaysia dari bandar besar sampai ke ceruk kampung saya di Besut dan Hulu Besut.

– Orang yang pakai Tupperware ni, dari sekecil-kecil budak sampai sebesar-besar mak bapa budak.

– Dari orang kaya, jutawan, hartawan, CEO, artis, menteri, Emma Maembong, sampai buruh kasar, asnaf zakat, fakir miskin, orang bankrap, Norsham, scammer, makcik bawang – semua kenal Tupperware.

– Pernah nampak ejen Tupperware ajak orang buat bisnes Tupperware sambil berdiri atas kereta?

Tak perlu ada PHD ori pun untuk faham logik ini.

Simple. Faham?

Afyan Mat Rawi
Bukan dealer Tupperware.
Kalau nak Tupperware, rujuk Tuan Shaiful Kamaluddin atau Puan Wan Hasanah

(Jemput follow dan klik see first saya utk lagi tip kewangan dan kehidupan)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Cadangan alternatif kepada pelaksanaan tol percuma jam 11 malam ke…