fbpx

UNPOPULAR OPINION: Medical card hanya sesuai untuk orang yang ada duit lebih

  • 2Minutes
  • 203Words
  • 52Views

UNPOPULAR OPINION: Medical card hanya sesuai untuk orang yang ada duit lebih.

Ia tak sesuai untuk golongan M40 dan sesetengah B40.

Walaupun medical card menawarkan kemasukan hospital swasta secara cashless, namun perlu juga sediakan dana simpanan kecemasan untuk menghadapi beberapa situasi berikut

1. Guarantee Letter (GL) ditolak

Jika GL ditolak atau tidak dapat dikeluarkan, pelanggan perlu membayar kos rawatan terlebih dahulu dan membuat tuntutan klaim secara reimbursement.

Lagi parah jika initial GL dikeluarkan, tapi final GL ditolak.

Ini boleh menjadi beban besar jika jumlahnya tinggi, terutamanya apabila seseorang tidak mempunyai kemampuan.

2. Repricing Medical Card

Walaupun pada mulanya sumbangan bulanan mungkin kelihatan mampu milik, kenaikan ini boleh berlaku setiap beberapa tahun.

Akibatnya, ramai pemegang polisi, terutamanya dari golongan B40, terpaksa membatalkan polisi mereka kerana tidak mampu menanggung kenaikan tersebut.

3. Medical Card dengan Deductible

Deductible bermaksud pemegang polisi perlu mendahulukan sejumlah wang sendiri sebelum manfaat perlindungan medical card bermula.

Situasi ketiga, juga boleh berlaku bersama situasi pertama dan kedua.

Kesimpulan

Sebagai pengguna, adalah penting untuk memahami keperluan dan kemampuan kewangan sebelum membuat keputusan.

Pertimbangkan kos jangka panjang, manfaat perlindungan, dan situasi kewangan semasa kita untuk memastikan perlindungan kesihatan anda benar-benar berbaloi.

Dahulukan takaful untuk tujuan income protection berbanding medical card.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apa yang kita boleh belajar daripada strategi bisnes Sambal Nyet…