fbpx

Usaha wujudkan bank keluarga: Satu cadangan baru dari bangsa anti bank islam

  • 1 month ago
  • 1Minute
  • 167Words
  • 312Views

Apabila ada cadangan oleh bangsa anti bank Islam untuk wujudkan bank keluarga, menunjukkan bahawa hujah mereka yang kata bank itu riba, bank itu haram adalah tertolak.

Bank tak haram. Yang menentukan halal atau haram ialah transaksi yang dilakukan oleh bank tersebut.

Jika transaksi itu ada riba, maka haram. Jika tak ada riba, ia halal.

Berbalik kepada cadangan utk wujudkan bank keluarga, ia usaha yang bagus. Teruskan.

Boleh luaskan juga usaha ini dlm bentuk koperasi di kalangan mereka yang menolak perbankan Islam, dan buat model bank Islam acuan mereka.

Kumpulkan modal sesama mereka untuk memberi pinjaman tanpa riba di kalangan mereka.

Saya yakin dengan cara ini, orang akan menolak perbankan Islam yang ada hari ini dan menyokong usaha mereka. Itu cara terbaik untuk menjauhkan masyarakat daripada perbankan Islam yang ada hari ini, bukan dengan cara menuduh dan mengfitnah perbankan Islam.

Saya sokong 100% jika bangsa anti bank Islam usahakan konsep ini, dan jika tak keberatan saya ingin menjadi pelanggan pertama bank tersebut

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
BIAR MISKIN HARTA, JANGAN MISKIN JIWA Saya geleng kepala membaca…