fbpx

Ganjaran untuk Penjawat Awam Skim Pencen

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 262Words
  • 957Views

Dipetik dari FB Razzaaq Ajaq

Ganjaran untuk Penjawat Awam Skim Pencen

Penjawat awam skim pencen. Kiraan pencen hanya 3/5 atau 60% dari gaji hakiki dan mesti cukup khidmat 30 tahun.

Kalau kurang 30 dapat kurang dari 60% laa. Khidmat 35 tahun tetap juga 60%.

Bayangkan gaji hakiki akhir RM5k. Jadi pencen yg diterima hanya RM3k.

Selain itu, ada lagi ganjaran penjawat awam akan dapat iaitu ganjaran perkhidmatan atau ganjaran terbitan.

Apa beza antara Ganjaran Perkhidmatan dan Ganjaran Terbitan?

a) Ganjaran Perkhidmatan

– Bayaran sekaligus kepada anggota/pegawai yang bersara sama ada bersara wajib atau bersara pilihan.

b) Ganjaran Terbitan

– Bayaran sekaligus kepada balu atau duda, anak dan ibu atau bapa apabila meninggal dunia dalam perkhidmatan.

Formula adalah sama iaitu:

7.5% x bulan perkhidmatan x gaji hakiki bulanan akhir

Contoh :
Gaji akhir : RM6500
Elaun tetap : RM500 (tak kira)
Tempoh khidmat : 360 bulan (tiada had maksimum)

7.5% x 360 x 6500 = RM175, 500

Tu anggaran kiraan. Kalau meninggal atau bersara awal, ambil gaji akhir dan tempoh khidmat. Jadi ganjaran akan kurang sikit.

C) Ganjaran Cuti Rehat (GCR)

– Ni ganjaran kalau tak pakai cuti rehat untuk penjawat awam. Maksimum 150 hari.

Cuba kita kira tebus cuti 150 hari masa pencen.

Gaji akhir : RM6500
Elaun tetap : RM500 (kira)
Ganjaran : 1/30 x 150 x 7000 = RM35,000

Banyak betul ganjaran penjawat awam ni kan. 😂

Jadi sekarang ambil calculator kira hutang. Cukup ke tak? Tepuk dada tanya selera.

Jangan lupa ambil kira duit nak pergi haji, duit kenduri anak2 kahwin kalau ada, duit nak pergi bercuti.

*Segala pengiraan dan perbandingan hanya pendapat peribadi penulis dan tiada kena mengena atau mewakili mana-mana individu atau pihak.

INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended