Ustazah Asma, McD, dan Facebook: Boikot pilih kasih?

Ingat lagi tak isu ini suatu ketika dahulu. Tak lama pun, baru 2 bulan lepas
Teruk Ustazah Asma’ Harun kena kecam dengan netizen, terutama daripada golongan terpaling boikot. Bukan semua geng pro-boikot yang buat, tapi ada segelintir.
Macam-macam kecaman bercampur baur fitnah dilemparkan.
Kata mereka, beliau tak patut hadir program masjid yang ditaja oleh McDonald’s.
Katanya, tak patut ambil duit daripada syarikat yang dikaitkan dengan Israel.
Tapi pelik juga ya…
Kalau orang dapat duit daripada McDonald’s, terus kena kecam.
Malah masa kempen boikot berjalan, yang kerja di McD, disuruh berhenti dan cari kerja lain. Katanya, banyak lagi kerja halal boleh buat.
Tapi…
Kalau orang dapat duit daripada Facebook, takde siapa kecam.
Dulu katanya kalau guna FB ini tidak mengapa dan tidak perlu boikot dengan hujah “senjata makan tuan”.
Tapi tak ada pula kecaman terhadap mereka yang gunakan FBAds sebagaimana kecaman terhadap pekerja McDonald’s dan Ustazah Asma.
Sekarang ini, popular pula FB Content Monetization. Tak dengar pula gerakan boikot ini mengecam FB CM sebagaimana Ustazah Asma dan pekerja McDonald’s.
Soalan cepumas:
Kenapa geng boikot tak kecam dapat duit dari Facebook sebagaimana dapat duit dadi McDonald’s?
a. Senjata makan tuan
b. Tak kebulur kalau tak makan McDonald’s
c. Boikot dah tamat sejak 2 bulan lepas.
d. Lain-lain
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran