Subhanallah! Best nya hidup kalau dapat macam ni 1. Bank bagi hutang tanpa keuntungan langsung. Peduli apa pasal kos bank, kami pelanggan bukan peduli. Tapi bank tolong la peduli nasib kami sebagai pelanggan. Kami ada masalah kewangan, jadi kami nak pinjam 100,000 dan bayar balik 100,000. Kalau tak payah bayar balik lagi bagus. Barulah Islamik.
Bab mahal murah tu, saya taknak ulas panjang. Memang nampak mahal tu. Tapi model bisnes sebegini, kena perbaiki supaya tidak timbul isu gharar. Gharar bermaksud uncertain atau ketidaktentuan. Susah juga nak terjemahan paling tepat perkataan Arab tersebut. Sama juga macam kita ambil nasi campur lauk pauk, lepas makan baru beritahu staf restoran untuk kira harga.
Antara tuduhan yang dilemparkan kepada perbankan Islam ialah ia mahal dan mahal itu riba. Ia menindas. Kata mereka, jika Islamik patutnya murah. Jika mahal jadi riba. Contohnya macam ini. Katanya; “Kalau pinjaman islamik memang sepatutnya tanpa riba.. ada ke pinjaman islamik tanpa riba???? Memang tujuan tanpa riba tu murah la, tujuan tanpa riba supaya tiada
UND FITNAH, MUFTI SEKOLAHKAN Terima kasih Sohibus Samahah Mufti, Dato’ Dr Asmadi Mohd Naim menjawab fitnah UND terhadap perbankan Islam sekaligus menyekolahkan dia. Tapi saya yakin dan percaya, walau panjang mana pun penjelasan diberi, UND dan geng anti bank Islam memang tidak akan pernah puas hati. Masalah mereka bukan fiqh. Masalah mereka ialah ego dan
Sedang berlangsung Muzakarah KLIFF Kuala Lumpur Islamic Finance. Muzakarah seumpama ini diadakan hampir setiap tahun dan menghimpunkan para ilmuan dan cendekiawan dalam bidang fiqh dari seluruh dunia Islam. Ia menjadi medan penting untuk membincangkan isu baharu yg timbul dlm industri kewangan Islam. Ia bukan sekadar wacana teori yg kosong tanpa tindakan. Para ilmuan yg hadir
Ini antara hujah yang selalu diulang oleh bangsa anti bank Islam untuk menghalalkan pilihan ke perbankan konvensional atas alasan darurat. Mereka sampai sanggup gunakan analogi rumah peIacuran. Satu rumah peIacuran mengaku terang-terang mereka buat maksiat, manakala satu lagi kononnya letak papan tanda kepada “nikah sementara”, padahal sama haram. Lalu perbankan Islam diibaratkan seperti rumah kedua
Ada di kalangan bangsa anti bank Islam mencadangkan agar tukar matawang kepada emas. Saya balas balik cadangan, apa kata kalau bangsa anti bank Islam sendiri yang buat sendiri tunggu bank-bank Islam buat. Apa kata? Ini sedikit simulasi, untuk gunakan emas sebagai alternatif pembiayan perumahan – Harga emas sekarang RM550 / gram (saya genapkan untuk memudahkan
Isu sebenar bangsa anti bank Islam ini, bukan nak perbankan Islam itu patuh syariah sangat pun. Kononnya nak bebas riba. Yang mereka mahu ialah perbankan murah, bukan perbankan patuh syariah. Sebab itu mereka suka apabila ada ustaz kata “cari bank konvensional yang paling murah” Walaupun hujah seumpama itu tiada sandaran dalil Quran, Hadith, Qiyas dan
Ini adalah koleksi beberapa fatwa awal dalam bidang muamalat berkaitan perbankan Islam dan insurans konvensional. Koleksi fatwa seawal tahun 70-an, 80-an dan 90-an. Jika dahulu, apabila mereka mengeluarkan hukum sesuatu itu haram, mereka bertungkus-lumus membangunkan alternatif yang halal Apabila perbankan konvensional difatwakan haram, para alim ulama bertungkus-lumus membangunkan institusi perbankan patuh syariah Apabila insurans konvensional
Beberapa bulan lepas Ketua Pegawai Pelaburan Morgan Stanley mencadangkan satu strategi baharu yang disebut 60 / 20 / 20 iaitu pembahagian portfolio kepada 60% saham, 20% bon dan 20% emas berbanding sebelum itu dunia pelaburan lebih biasa dengan model klasik 60% saham dan 40% bon. Morgan Stanley adalah sebuah syarikat pelaburan global yang sangat berpengaruh