Voucher umrah diskaun 1K: Adakah ia mengandungi unsur riba?
Tempoh hari saya kongsikan yang saya ingin menjual voucher umrah yang bernilai 7k dengan harga 6k sahaja.
Ada diskaun bernilai 1k. Satu jumlah yang cukup lumayan.
Tiba-tiba ada seseorang mesej saya menyatakan minat, tapi dikhuatiri ia adalah riba.
Saya terkejut. Jika benar riba, maka saya akan batalkan serta-merta tawaran tersebut.
Lalu saya lakukan sedikit search tapi masih tak berjumpa jawapan tuntas.
Lalu saya bertanyakan kepada Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah untuk dapatkan pengesahan.
Alhamdulillah, beliau maklumkan tidak berlaku riba kerana voucer tersebut untuk tujuan khusus iaitu umrah, maka ia tidak sama sifatnya dengan matawang.
Lega saya mendengar jawapan beliau.
Tapi voucer tersebut masih belum dijual lagi. Ada sesiapa berminat?
Bukan senang nak dapat diskaun sebanyak ini untuk ke umrah.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran