Wasiat Supaya Sebahagian Anak Tidak Ambil Harta
WASIAT SUPAYA SEBAHAGIAN ANAK TIDAK AMBIL HARTA
Oleh Ustaz Azhar Idrus
SOALAN :
Seorang ibu telah berwasiat sebelum meninggal dunia supaya harta yang ditinggalkan olehnya nanti tidak diberi kepada anak lelakinya yang sulung kerana dia tidak suka kepada anak tersebut.
Setelah ibu tersebut meninggal dunia anak-anak telah melaksanakan wasiat tersebut tetapi saya ada mendengar bahawa anak lelakinya itu tetap mendapat bahagian dari hartanya dan pembahagian mengikut wasiat si ibu seperti itu tidak sah.
Mohon penjelasan.
JAWAPAN :
Sekiranya simati ada berwasiat supaya salah seorang anaknya tidak diberikan harta peninggalannya maka wasiat tersebut adalah tidak sah kerana syarat sah wasiat hendaklah wasiat tersebut bukan perkara yang bercanggah dengan syarak.
Syarak telah menetapkan bahawa anak simati mewarisi harta simati samada simati suka atau tidak.
Rasulullah saw telah bersabda :
«إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَدْ أَعْطَى لِكُلِّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ، فَلَا وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ»
Artinya : “Sungguhnya Allah Taala telah memberi akan setiap empunya hak akan haknya maka tiada wasiat bagi waris.” Hadith riwayat Imam Tirmizi)
Maksudnya setiap waris bagi empunya harta telah ditentukan bahagian masing-masing oleh Allah di dalam Al-Quran akan kadar harta yang akan diperolehinya selepas kematian empunya harta maka empunya harta tidak ada hak menafikan waris dari mendapat hak mereka masing-masing. Dan tidak sah mewasiatkan waris mendapat lebih dari kadar yang telah ditetapkan oleh Allah begitu juga tidak sah mewasiatkan waris tidak mendapat akan haknya.
Wasiat supaya waris tidak mengambil harta adalah wasiat yang memudaratkan waris maka wasiat seperti ini adalah haram.
Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. beliau berkata :
الإضرارُ في الوصيَّةِ منَ الكبائِرِ
Artinya : “Memudaratkan pada wasiat adalah setengah dari dosa besar.” (Riwayat Ibnu Abi Hatim)
Maksudnya wasiat yang memudaratkan para waris atau sebahagian waris adalah haram dan berdosa.
KESIMPULAN
Semua waris yang sah berhak mendapat bahagian harta simati samada simati suka kepadanya atau tidak.
Wasiat supaya sebahagian waris tidak mendapat harta pesaka adalah haram dan tidak sah.
Barang siapa yang menunaikan wasiat yang tidak sah adalah dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan dosa atasnya dan atas simati.
Wajib dibahagikan semula dengan betul yaitu anak lelaki simati yang sulung mendapat bahagiannya.
Waris-waris yang telah mendapat harta selepas pembahagian yang tidak sah ini wajib mengembalikan bahagian anak lelaki yang sulung tersebut dan jika mereka enggan maka jadilah mereka orang yang makan harta orang secara haram.
—-
Tulisan di atas saya petik daripada FB Ustaz Azhar Idrus
Topik berkenaan wasiat dan pusaka. dalam modul Modul Kewangan I.N.F.A.Q yang terkandung dalam #bukuBMW. Dalam modul I.N.F.A.Q ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu
- Aliran Tunai
- Aset dan hutang
- Simpanan
- Perlindungan
- Pelaburan
- Penyucian
- Pewarisan
Boleh dapatkan di www.bukuBMW.com utk pra tempahan buku Bijak Merancang Wang, setebal 320 muka surat halaman warna.
Buku ini adalah buku fizikal yang sedang dalam pembikinan dan cetakan. Pembeli akan terima pada bulan hadapan.
Ia adalah naskhah UPGRADE edisi ebook yang diterbitkan ketika PKP lepas, yang hanya mengandungi 150±± berbanding edisi fizikal kali ini 320 halaman berwarna dgn 100% layout berbeza.
Memandangkan ia adalah pra-cetakan, untuk mengelakkan pembeli rasa lama menunggu, kami sediakan HADIAH percuma bagi 1,000 pembeli pertama.
1,000 pertama akan dapat hadiah 2 hadiah.
- Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!
- Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.
Ketik www.bukuBMW.com
Ketik www.bukuBMW.com
Ketik www.bukuBMW.com
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran