fbpx

Dalam Krisis, Ada Peluang

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 661Words
  • 291Views

Dalam krisis, ada peluang. Dalam kesempitan, ada kesempatan.

Ada orang, ketika krisis, dia mengeluh dan bersungut mencipta pelbagai alasan.

Ada orang, ketika krisis, otaknya ligat mencari jalan.

Ini adalah beza antara minda orang berjaya dengan orang yang biasa-biasa.

Kedua-dua menerima tekanan yang sama, tapi menghasilkan output berbeza.

Kisah ini viral ketika PKP lepas. Baca artikel di sini

 

Bisnes barang basah

Kisah seorang wanita ibu tunggal dalam berita ini mengambil inisiatif mengusahakan bisnes “barang basah siap siang”, dengan menggunakan modal RM1,000 Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN).

Orang lain pun ramai lagi yang menerima bantuan yang sama. Tapi wanita ini berbeza.

Ketika fasa pertama PKP, dia bersama anaknya yang berusia 11 tahun pernah makan bubur kosong sahaja disebabkan kehabisan wang belanja disebabkan tidak bekerja apabila PKP.

Dengan idea bisnes “barang basah siap siang” yang pada awalnya dihebahkan kepada kawan-kawan dan jiran tetangga yang bermodalkan RM1,000, kini beliau jualan beliau RM2,000 sehari dengan 3 orang pekerja dan 4 orang runner.

Menceritakan kisahnya, Siti Hartika Shaari, 32, ibu kepada seorang anak itu sebelum ini bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan di Cheng, Melaka sebelum majikannya membuat keputusan memberhentikan pekerja ekoran tidak mampu menanggung kos gaji.

Dia yang tinggal bersama adik saudaranya Kauthar Hikmah Kamirudin, 26, yang juga bekerja sebagai pembantu kedai makan turut hilang punca pendapatan menyebabkan mereka terpaksa menggunakan wang simpanan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Hanya makan bubur

Sehinggakan pernah pada fasa pertama PKP lalu, mereka serta anak lelakinya berusia 11 tahun hanya menjamah bubur kosong tidak berlauk rentetan terputus wang belanja.

Sebelum PKP tempoh hari, beliau bekerja sebagai tukang masak makanan barat tetapi kerana PKP, kedai pun terjejas dan majikan buat keputusan untuk berhentikan pekerja.

Dari segi pendapatan memang terjejas. Pernah sampai satu tahap itu makan bubur kosong sahaja. Dua hari berturut-turut tanpa apa-apa lauk.

Memulakan rutin seawal jam 5 pagi dengan mengambil bekalan barangan basah secara terus daripada pengedar di Pasar Borong, Batu Berendam, mereka akan terus membersihkan barangan basah yang ditempah pelanggan sebelum penghantaran dibuat berlmula jam 10 pagi.

Mereka hanya mengambil tempahan melalui kumpulan Whatsaap dan penghantaran dibuat kepada kira-kira 40 rumah dalam sehari, bergantung kepada tempahan pelanggan.

Moga berita ini memberi inspirasi kepada kita semua untuk mencari jalan, bukan cari alasan.

Apa pula perancangan kita dalam fasa PKPB kali ini?

Cari jalan atau cari alasan?

 

Cerita ini saya kongsikan dalam ebook “PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!” yang diberi secara PERCUMA untuk 1,000 pembeli buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

Dalam #bukuBMW ada 7 modul I.N.F.A.Q kewangan yang dikupas, iaitu

  1. Aliran Tunai
  2. Aset dan hutang
  3. Simpanan
  4. Perlindungan
  5. Pelaburan
  6. Penyucian
  7. Pewarisan

Boleh dapatkan di www.bukuBMW.com utk pra tempahan buku Bijak Merancang Wang, setebal 320 muka surat halaman warna.

Buku ini adalah buku fizikal yang sedang dalam pembikinan dan cetakan. Pembeli akan terima pada bulan hadapan.

Ia adalah naskhah UPGRADE edisi ebook yang diterbitkan ketika PKP lepas, yang hanya mengandungi 150±± berbanding edisi fizikal kali ini 320 halaman berwarna dgn 100% layout berbeza.

Memandangkan ia adalah pra-cetakan, untuk mengelakkan pembeli rasa lama menunggu, kami sediakan HADIAH percuma bagi 1,000 pembeli pertama.

1,000 pertama akan dapat hadiah 2 hadiah.

  1. Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!
  2. Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.

Ketik bukuBMW
Ketik bukuBMW
Ketik bukuBMW

 
Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi 
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
WASIAT SUPAYA SEBAHAGIAN ANAK TIDAK AMBIL HARTA Oleh Ustaz Azhar…