Hak Kita Sebagai Pengguna

Penting untuk kita mengetahui hak kita sebagai pengguna.

Dalam kes ini, Hospital Prince Court dikenakan denda sebanyak RM200,000 disebabkan mengenakan caj harga topeng muka melebihi harga syiling.

Image may contain: text

Image may contain: text

Hospital tersebut mengenakan caj RM200 utk 18 topeng muka 3ply ke atas seorang kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital berkenaan.

Bapa pesakit mengambil tindakan pantas membuat aduan dan akhirnya mendapat perhatian KPDNHEP.

Memang tak dapat dinafikan, caj di hospital swasta memang mahal. Cuma selama ini mungkin pelanggan yang menggunakan medical card tak perasan.

Tapi kali ini apabila ia dicaj dalam bil kerana di luar coverage medical card, barulah pelanggan perasa apa perkara tersebut. Tambah pula, face mask ialah produk yang sedang hangat sekarang ini.

Cuba bayangkan, bagaimana dengan item ubat-ubatan lain, JIKA dijual melebihi caj sebenar dan melampau-lampau sebegini?

No photo description available.

No photo description available.

Saya teringat pula filem Hindustan, Ghabbar Is Back.

Bayangkan, demi untuk mendapatkan keuntungan, waris pesakit hanya diberitahu kematian pesakit selepas bil perubatan dibayar. Sebab, kalau beritahu awal ada kebarangkalian waris tak bayar bil.

Kemudian, si Hero, Ghabbar memulakan misinya utk memgkantoikan hospital pula. Caranya, dia menghantar mayat yang baru meninggal dunia dari hospital kerajaan ke hospital swasta tersebut. Katanya abangnya baru jatuh sakit utk minta diselamatkan, dan sanggup bayar berapa banyak yg diperlukan.

Pengurusan hospital yang memamk tamak kan duit, terima sahaja dan berpura-pura merawat “mayat” tersebut sebelum akhir sekali doktor keluar dan beritahu “Maaf, kami tak dapat selamatkan”. Semua lakonan sudah dirakam oleh Ghabbar dari awal.

Walaupun ia fiksyen dengan jalan cerita yang melampau, namun ada benarnya mesej dan kritikan tersebut.

Saya secara personal pernah mempunyai pengalaman, caj hospital melebihi apa yang ditulis dalam website. Tapi ketika itu semua cover dan ada GL.

 

Saya argue dengan doktor dan pegawai kewangan, katanya itu memang praktis kalau gunakan medical card. Harga dalam website, untuk pelanggan dengan bayaran tunai.

Saya geleng kepala.

PENGAJARAN: Hospital swasta bukan kebal dan pengguna kena bijak supaya tidak terpijak.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com