XFOX dan “Friendly Loan Agreement”: Pelabur rugi, siapa untung?
Panas dari ladang! Ingat lagi XFOX?
Ada mangsa yang membuat tuntutan ganti rugi dan ini respon balas daripada peguam yang mewakili XFOX.
Jumlah yang dituntut ialah RM1,748,409.74 dan RM1,842,939.00 terhadap XFOX dan seorang lagi penama.
Saya tertarik dengan istilah “Friendly Loan Agreement” yang dikatakan sudah difahami dan ditandatangani oleh mangsa sebelum melabur dalam XFOX.
Ia adalah safeguard oleh XFOX sekiranya berlaku kerugian dalam pelaburan.
Ada beberapa point penting;
1. Definisi dan Peranan “Friendly Loan Agreement”:
– Perjanjian ini bertindak sebagai kontrak rasmi antara pihak pelabur (penuntut) dan XFOX Market Sdn. Bhd.
– Ia menetapkan terma dan syarat berkaitan pelaburan dana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
2. Kandungan Utama “Friendly Loan Agreement”:
– Kesukarelaan:
Semua pihak bersetuju untuk menandatangani tanpa sebarang paksaan atau pengaruh pihak ketiga.
Tandatangan dilakukan secara fizikal atau dalam talian (online) melalui sistem yang disediakan.
– Maklumat dan Pemahaman:
Semua pihak diberi peluang untuk membaca, memahami, dan mendapatkan nasihat guaman sebelum menandatangani perjanjian.
Pihak XFOX menyampaikan maklumat yang lengkap dan sahih tentang aliran dana dan sumber keuntungan.
– Tiada Janji Keuntungan Tetap:
XFOX tidak menjanjikan pulangan atau hibah secara spesifik, sama ada secara lisan atau bertulis.
Segala maklumat yang diterima oleh pelabur dari pihak ketiga tentang pulangan dianggap sebagai salah faham.
3. Penafian Liabiliti dalam Perjanjian:
XFOX tidak bertanggungjawab terhadap:
- – Kerugian atau kerosakan langsung, tidak langsung, atau akibat daripada pelaburan.
- – Keputusan pelaburan yang dibuat oleh pelabur berdasarkan maklumat yang diberikan.
- – Dalam keadaan pasaran rugi atau tidak menguntungkan (“Loss Date”):
- – Pelabur yang belum menerima pulangan akan menerima 100% dana mereka.
- – Pelabur yang menyertai antara 3 hingga 6 bulan akan menerima 50% dana mereka.
- – Pelabur yang telah menerima pulangan penuh tidak akan menerima pengembalian dana.
4. Maklumat Tambahan:
Maklumat yang diberikan dalam “Friendly Loan Agreement” adalah untuk tujuan pendidikan dan maklumat, bukan nasihat profesional kewangan, undang-undang, atau pelaburan.
Pelabur digalakkan melakukan kajian bebas dan mendapatkan nasihat profesional sebelum membuat keputusan pelaburan.
5. Pengesahan dan Pelepasan Tanggungjawab:
Perjanjian ini memuatkan klausa yang menyatakan bahawa pelabur melepaskan sebarang hak untuk menuntut tanggungjawab atau liabiliti daripada XFOX dalam apa-apa keadaan yang berlaku selepas menandatangani perjanjian.
Kesimpulan:
“Friendly Loan Agreement” bertindak sebagai asas perjanjian yang melindungi pihak XFOX daripada sebarang tuntutan kerugian atau liabiliti, sambil memberikan kebebasan kepada pelabur untuk membuat keputusan pelaburan secara bebas.
Namun, pelabur perlu bertanggungjawab atas keputusan mereka sendiri berdasarkan terma yang dipersetujui.
Hahahahaa!
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran