fbpx

Ustaz FOREX

  • 4 months ago
  • 3Minutes
  • 527Words
  • 912Views

Membaca artikel bertajuk “USTAZ FOREX” ini, terus saya teringat video-video Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, yang selalu digunakan oleh para forex trader sebagai hujah mereka untuk menghalalkan forex trading online.

Saya berharap sangat agar al-fadhil Ustaz Dusuki Abdul Rani dapat menarik balik kenyataan beliau yang bercanggah dengan fatwa-fatwa di Malaysia malah di seluruh dunia yang mengharamkan forex trading.

Saya pernah menghantar mesej personal perkara ini dan beliau masih konsisten dengan pandangan tersebut. Saya juga pernah meminta ustaz-ustaz yang ada contact direct dengan beliau untuk membuat teguran personal, namun difahamkan beliau masih berpandangan sama.

Jika fatwa berkenaan hukum forex trading adalah khilaf, saya tidak ambil pusing sangat. Tapi memandangkan fatwa itu jelas dan menjadi Ijmak para alim ulama sedunia dan Ustaz Dasuki pula adalah seorang tokoh agama yang disegani, saya kira perlu menulis hal ini secara terbuka.

Jadi saya tulis perkara ini kepada publik selepas pelbagai usaha yang saya jalankan secara personal dilakukan.

Dengan rendah diri dan menghormati keilmuan beliau, besar harapan saya agar Ustaz mengakui kekhilafan dan manarik balik pandangan beliau berkenaan forex trading online.

Saya tidak alu-alukan sebarang komen menghina dan mengutuk beliau.

Saya petik beberapa point penting dalam artikel oleh Dr Abdel Rahmanov ini. Tulisan penuh boleh dibaca di sini

“2. Mungkin mereka terpesona dengan fatwa ustaz-ustaz yang bermain forex. Ustaz-ustaz ini mempertahankan forex bermati-matian sebab mereka mencari rezeki dengan forex. Rupa-rupanya mereka ada kepentingan!

3. Setakat pengetahuan saya, tiada lagi fatwa yang membenarkan forex online kecuali fatwa ustaz- ustaz Forex Online. Syeikh Abdus Sattar Abu Ghuddah menyebut fatwa yang dikeluarkan oleh ulama yang bukan ahli dalam fatwa adalah fatwa ulama baqalah iaitu ulama kedai runcit kerana seseorang itu walaupun bergelar ulama, tidak semestinya dia layak untuk mengeluarkan fatwa.

.

.

.

6. Ustaz Selebriti berhujah bahawa saham dibenarkan untuk jual beli maka mata wang juga boleh dijual beli. Naif sangat hujah ini. Saham dan mata wang adalah dua benda berbeza. Saya tidak pasti samada Ustaz Selebriti itu memang tidak tahu (jahil) atau dia tidak tahu bahawa dia jahil. Malangnya fatwa dia menjadi pegangan orang awam.

7. Menurut pandangan ulama dalam Akademi Fiqh Islam, Jeddah dibenarkan jual beli mata wang dengan syarat ia mematuhi mengikut konsep Al- Sarf. Perkara ini dijelaskan dalam hadith-hadith yang menjelaskan cara jual beli emas dan perak dalam Islam.

.

.

9. Ulama tafsir berkata”Tayyibat” dalam ayat itu bermaksud makanan yang halal. Sebab itu kita tidak membeli makanan dari kedai makan Non Muslim sebab kita tidak pasti status halalnya.

10. Forex Online adalah benda baharu yang tiada dalam kitab fiqh klasik. Jika Ustaz Selebriti mengatakan bahawa dia belajar Syariah di Universiti Al-Azhar. Seolah-olah dia belajar tentang Forex Online. Ketahuilah bahawa dia berdusta pada siang hari!

11. Forex Online adalah benda baharu maka perlu kepada pandangan hukum samada halal atau haram. Ulama sebelum memberi pandangan, mereka akan mengkaji terdahulu aspek teknikal dan hukum berkaitan dengan mendalam. Mereka bukan ulama kedai runcit. Sila baca kertas kerja tentang Forex Online dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu untuk rujukan lanjut.

12. Ulama yang mengeluarkan fatwa ini mempunyai kelayakan dari segi ijtihad dan tiada kepentingan. Adakah ustaz-ustaz Forex mempunyai kelayakan untuk mengeluarkan fatwa?”

Bacaan penuh di

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam bidang pemasaran produk pelaburan, ada beberapa kerjaya yang boleh…