fbpx

XFox: Pelaburan ‘too good’, akhirnya jadi ‘too gone’

  • 2Minutes
  • 214Words
  • 11Views

Panas dari ladang!

Lima individu termasuk seorang bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan berkaitan skim Ponzi XFOX Market Sdn Bhd.

– Saya dah berikan amaran mesra berkenaan program “too good to be true” ini sejak tahun 2023 lagi! Rujuk gambar kedua

– Redflag terbesar XFOX apabila skim ini menjanjikan pulangan pelaburan sehingga 30% setahun serta pulangan harian, menyebabkan ramai pelabur terpedaya dan melabur sehingga RM250,000.

– Selepas mendedahkan skim ini, ramai geng-geng mereka tak puas hati. Lalu saya tawarkan untuk adakan sesi live dan emel sudah pun dihantar tapi sampai ke sudah tidak dilayan (rujuk gambar)

– Setakat ini SEMUA skim-skim pelik yang pernah saya dedahkan, tidak pernah tidak betul. 100% ia tersontot dengan jayanya di pintu shorga rekaan mereka.

– Selagi mana ada orang yang tamak, selagi itu akan ada orang yang lebih tamak mengambil kesempatan.

– Jangan risau, lepas QM dan XFOX, ada banyak huruf lagi yg boleh digunakan utk buat syarikat mcm tu. LOL, GONG, BODO, dsb

– Sebab itulah kena pelajari ilmu rumah tangga. Eh? Maksud saya pelajari ilmu-ilmu kewangan untuk elakkan diri dari terjebak ke #nerakawang

Nak elak diri daripada terperangkap dalam #nerakawang?

Jom mula dengan satu langkah mudah: Belajar ilmu kewangan melalui Akademi Bijak Merancang Wang (BMW). Klik di sini

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Adeh... Ada juga kes begini. Siap kongsikan lagi kepada publik.…