Yang Melalui Sahaja Akan Merasai
Dipetik dari FB Wanie Liman
Bercakap dalam keadaan tak diuiji memang mudah
𝘜𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘉𝘶𝘢𝘵 𝘒𝘦𝘱𝘶𝘵𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘈𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘛𝘪𝘯𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘶𝘴𝘢𝘩.
Wanie : Alhamdulillah, En Hafiz dah ada Akaun Income Protection.
Wife En Hafiz dah ada ke?
Boleh saya share dengan dia manfaat Income Protection yang sama dengan En Hafiz?
Hafiz : Alaa Wanie.. Dia tak apa, company dah cover semua. Lagipun susah sikit laa dia tak berapa nak percaya Takaful ni.
Wanie : Ohh ok, tak apalaa En Hafiz.
Tapi kalau ada apa-apa nak tanya, refer saya ye
Selepas 28 Bulan (2 tahun 4 bulan)
Isteri : Ya Allah Wanie… Akak tak tahu nak cakap apa.. sob sob sob (sambil menangis)
Mujurlah masuk duit Takaful, dapatlah akak guna buat bayar hutang yang ada. Sejak arwah meninggal hutang kereta dan hutang-hutang arwah yang lain akak kena bayar. Bank call mintak suruh bayar, kalau tak bayar, macam kereta boleh kena tarik.
Wanie pon tahu kan yang Akak sebelum ni ambik cuti tanpa gaji, masa jaga arwah.
Kering dah simpanan akak buat guna belanja masa arwah tak sehat dulu. Akak memang dah tak ada simpanan langsung. Habis dah semuanya, Wanie
Akak terkejut tengok dalam Akaun ada masuk RM100 ribu, rupanya pampasan Hibah yang arwah buat dulu. Cepat jugak ye Wanie dapat duit tu.
Banyak perkara tertunggak akak nak uruskan dengan duit tu.. Alhamdulillah.

Ya Allah… akak tak tahu nak cakap apa.. Terima Kasih banyak banyak Wanie bantu akak selama ni dan uruskan claim akak
( Dalam hati ni sebak, Ya Allah.. aku hanya pengantara sahaja, tapi Engkau yang buka hati arwah untuk buat perancangan takaful untuk keluarga dia, serta rezekikan aku untuk menguruskanya
Hanya yang melalui akan merasainya
Kita tak pernah lalui lagi saat kena sakit kritikal seperti strok di mana tengkorak kepala kena buka sebelah supaya otak yang bengkak itu surut, hingga menyebabkan hilang keupayaan kekal untuk hidup berdikari lebih 6 bulan.
Bayangkan kita sudah langsung tak boleh bekerja lagi? Berapa pencen bulan-bulan yang akan dapat? Adakah Majikan sambung bayar gaji penuh lepas tu?
Kita tak pernah lalui lagi saat kena sakit kanser di mana walaupun dapat rawatan di hospital kerajaan, doktor sarankan untuk beli ubat stemcell untuk kanser yang berharga ratus ribu. Belum lagi termasuk kos-kos lain, ulang alik hospital, supplement, belanja harian, anak-anak dan sebagainya.
Mana kita nak cari duit tu? Kat siapa kita nak rayu dan mohon bantuan? Kalau kita buat muka kesian, majikan akan bantu ke ratus-ratus ribu tu. (Pengalaman rakan saya sendiri)
Kepada kawan-kawan sekolah, kawan-kawan Universiti, kawan-kawan se taman, se kampung, kawan-kawan sekatil dan sebantal, hanya dengan R.M 3 sehari, anda lebih dari mampu.
Janganlah sampai terlambat untuk membuat PERLINDUNGAN diri dan keluarga.
Kerana perancangan itu TIDAK MAHAL, tapi sikap bertangguh kita yang membuatkan ia mahal.
Kita akan Rugi Emosi, Rugi Wang, Rugi Perasaan Tenang.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran