IMG_2063.JPG

Ini ialah Islamic banking idaman saya:

1. 100% pinjaman tanpa “riba”. Pinjam RM100,000, bayar balik RM100,000 sahaja selepas 20 tahun ansuran. Tak boleh lebih walau 1 sen kerana ia adalah riba walaupun atas nama apa sekalipun.

2. Mesti berteraskan emas dan perak. Jangan guna wang fiat kerana semua ini adalah agenda Yanudi, Zionis, Rostchild. Semua ini agenda kafir untuk menjatuhkan ekonomi umat Islam.

3. Jangan guna rule 76, BLR, BFR, FRB atau sebarang sistem dan kiraan yang menggambarkan ia dari sistem kapitalis kerana semua itu adalah riba. 

4. Internet banking mesti tip top, dan tak pernah down. Minta TAC hari ni, semalam dah dapat. 25 jam sehari, 8 jam sehari, 400 hari setahun tanpa gagal atau down walau seminit. Jika tidak ia ialah zalim. 

5. Pegawai bank mesti alim dan warak, pakai jubah dan kopiah. Semua muslimat mestilah bertudung labuh menutup aurat. 

6. Pusat panggilan pelanggan mesti jawab panggilan dalam masa 3 kali bunyi deringan. 

7. Mesin ATM ada di semua stesen petrol, semua restoran, setiap taman perumahan, setiap ceruk kampung. Islamic banking for All. 

8. Cawangan bank pun mesti ada di setiap taman dan ceruk kampung. Baru dakwah meluas. 

9. Kalau hendak buat pinjaman, tak perlu semak CTOS, CRIS. Semua ini zalim dan menindas. Perbankan Islam untuk semua. 

10. Penasihat Syariah pakai Kereta Proton Saga. Barulah menepati syariah. Jika pakai Merc, BMW adalah tak zuhud dan zalim. 

11. Pegawai bank tak perlu gaji mahal. Bukankah kerja adalah ibadah. Kalau gaji banyak sangat nanti zalim. 

12. Kos guaman, SNP dan sebagainya ditanggung bank. Peguam panel patutnya berikan khidmat percuma kerana ia adalah sumbangan utk Islam. Kalau bayar lebih nanti zalim. 

13. Kalau pelanggan lewat bayar, jangan diambil sebarang tindakan kerana ia menindas dan menzalimi pelanggan. Itu riba.

14. Kalau pelanggan tidak mahu bayar balik hutang, lebih baik bank halalkan kerana bank akan mendapat pahala. 

15. Pinjaman diberikan automatik tanpa perlu memohon sebaik sahaja setiap rakyat ‘aqil baligh. 

16. Pemegang saham bank Islam tidak perlu mengharapkan keuntungan daripada modal yang dilaburkan. Cukup sekadar dengan mengharapkan redha Allah dan pahala di akhirat kelak. 

17. Memperkenalkan produk baru berteraskan perniagaan emas ETA dan manipulasi emas dengan pulangan 100% setiap bulan. Umat Islam Malaysia akan lebih maju berbanding negara dan bangsa lain. Isu patuh syariah boleh diambil ringan di sini kerana ada khilaf tentang jual beli emas ansuran. 

18. Ar Rahnu pula berikan pinjaman 100% atas harga emas dan tidak perlu upah simpan. Ia akan memudahkan proses produk baru ETA dan manipulasi tadi. 

19. Sediakan skim pembiayaan perkahwinan, dapat anak, beli kereta, beli rumah tanpa sebarang “riba”, upah, caj, keuntungan dsb, walau satu sen. Kalau bagi percuma lagi bagus. Contohnya, sesiapa yang berkahwin diberi RM10,000, dapat anak RM1,000. 

20. Semua dokumen, perjanjian, fail, kertas, mesin ATM, malah bangunan bank perlu dibacakan 30 juzuk Al-Quran untuk menambah berkat. 

*Jika ada cadangan “impian” tambahan, boleh berikan komen.

Afyan Mat Rawi, Gombak.

#iniadalahsarkastik

Comments

  1. Ni bukan bank Islam. Ni bankrupt Islam. Mana ada org nk bg pnjam rm10000 tnpa cas apa2. Betul la kena cas sikit, tp atas aqad lain. Bukan riba nama nya Haha. Allahu, mcmana nk meningkatkan Ekonomi kalau buat sebijik mcmni haha

  2. hahaha… sacarcstic dan fantastic….

    der… aku antara ramai yg tak setuju ngan perbankkan islam nih… memang.. semua perlian lu.. betul… dan itulah yg betul… yang Nabi engkau dan Nabi aku ajar… bagi pinjam RM10.. maka bayaran baliknya tetap RM10, Nabi s.a.w. tak cakap ko kena tambah kos bagi unta tu makan utk berjalan ke tempat ko, kos masa yang ko gunakan untuk mengambil duit dan menghantar kepada si peminjam.. kos itu dan kos ini.. Nabi hanya cakap.. pinjam sekian banyak.. maka pulangnya pun sama dengan nilai pinjamnya.. ke ko ada Nabi lain??… yg aku dok pertiakai.. guna nama ISLAM tu… mengHALALkan benda yg HARAM… RIBA tu HARAM…

    ko perli tahap tertinggi macam mana pon tak menghilangkan SIFAT HARAM riba tu.. lepas tu nak seluruh umat ISLAM.. meghalalkan RIBA tu dengan menipu pada aqad?? mengatakan ada kos itu ini bagai?? .. siap promo menyuruh orang membuat PINJAMAN PERIBADI?? apa tu?? cuba ko pergi mana2 bank yg guna pakai pinjaman islamik nih.. baca BROCURE dia.. ada dia tulis JUAL BELI ke?? tak DIA TULIS PINJAMAN PERIBADI.. tapi bila tang aqad?? jadi jual beli?? nak tipu sapa ni der?? nak tipu Allah ke??

    pernah dengar/baca kisah kaum yahudi ditukar menjadi kera tak der?? kenapa?? sbb diorang ingat diorang pandai.. tak menangkap ikan pada hari sabtu… tapi menahan pukat pada hari jumaat dan mengambilnya pada hari ahad… pandai… bijak… apa?? Allah tu pada pendapat ko la.. boleh ke kita nak tipu der?? last-last jadi apa??

    persoalan yang paling besar.. aku tak suruh pon untuk mengislamkan sistem riba ni… pusing-pusing.. nak menghalalkan cara… tak.. benda yg haram… hukumnya tetap haram.. kita kena akui menda tu haram.. tak ada cara pun untuk menghalalkannya.. cuma kita terpaksa menggunakannya.. darurat ataupun tidak, itu kita serahkan kpd Allah untuk menentukannya.. dan janganlah kita pergi menghebahkan dan meminta semua orang percaya menda tu halal.. salah tu..

    mengakui menda tu haram.. tapi terpaksa.. aku rasa lain hukumnya.. berbanding
    menafikan menda tu haram dan seronok melakukannya walaupun banyak rasa was-was, lagi besar bahananya…

    yg menjadi pertiakaian dan persoalan sekarang hukum PINJAMAN tersebut.. dan aku katakan PINJAMAN ye.. bukan JUAL BELI… sebab korang tukarkan AQAD pinjaman kepada JUAL BELI

    fahamkan apa yg aku pertikaikan.. jadi.. kena bubarkanla perbankan islam ni.. pinjaman patuh syariah ni.. sbb semua pinjaman takde yg patuh syariahnya der.. bila adanya bunga.. automatik bunga tersebut menjadi riba.. itu yang NABI MUHAMMAD s.a.w. ajar kepada UMAT DIA… kan..

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?