3 Tips Elak Poket Bocor

(Takrifan poket bocor boleh dirujuk kepada entri sebelum ini – Afyan)

1. Berbelanja ikut keperluan, bukan ikut kemahuan. Apa yang kita mahu tidak semestinya itu yang kita perlu, contohnya;

• Kita mahukan televisyen moniter LCD 43 inci dengan langganan Astro, walhal hakikatnya dalam seminggu sebenarnya kita menonton hari minggu sahaja. Hari-hari lain kita bekerja dan sebelah malan diguna untuk berehat. Yang kita perlu hanyalah sebuah TV kecil tanpa sebarang langganan TV satelit.

• Kita mahukan perkakas eletrik yang selengkapnya di dapur rumah kita, walhal kita selalunya makan di luar. Jarang-jarang sekali dapur kita berasap. Yang kita perlu hanyalah sebuah cerek eletrik dan periuk nasi sahaja.

2. Berbelanja di bawah kemampuan, bukan di luar kemampuan.
• Selalunya jika kita berpendapatan RM 2000.00 sebulan, kita akan cenderung untuk berbelanja RM 2000.00, dan selalunya belum sempat sebulan ia telah dihabiskan. Jadi rancanglah untuk berbelanjalah RM 1500.00 sahaja, agar sekiranya belum sempat sebulan RM 1500.00 telah dibelanjakan, masih ada lagi baki RM 500.00 untuk kecemasan.

• Jika kita mampu membeli sehelai pakaian bernilai RM 50.00, seeloknya kita beli yang berharga RM 45.00 atau kurang.

3. Simpan dahulu baru belanja, bukan belanja dahulu baru simpan.

• Selalunya pada awal bulan kita menerima gaji, kita akan berbelanja terlebih dahulu, dan di akhir bulan jika ada lebihan kita akan jadikan ia sebagai simpanan, itupun jika ada. Seeloknya, apabila menerima gaji di awal bulan, masukkan sebahagiannya di dalam satu akaun yang lain untuk simpanan, dan kemudian barulah rancang perbelanjaan menggunakan baki wang gaji yang tinggal.

5 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?