Aduan Rakyat (2)

Mengadu; tak cukup duit, komitmen banyak, hutang keliling pinggang.

Tapi;

– Mampu beli kereta mahal, nak guna lama dan untuk famili katanya.

– Makan kat mekdi, baru ada kelas katanya.

-Merokok, 2-3 batang ‘je’ sehari, bukan banyak pun katanya.

– 2, 3 kad kredit, nak guna untuk emergency katanya
anak hantar sekolah swasta, sekolah kerajaan tak berkualiti katanya.

– 2, 3 personal loan, dapat nasihat daripada seorang “financial advisor” dekat bank katanya.

– ambil ASB loan tapi ambil dividen setiap tahun, “financial advisor” yang sama cadangkan katanya.

– beli rumah guna duit KWSP, installment pun guna duit KWSP, “pakar hartanah” yang ada title Dr yang ajar katanya

– ambil takaful, ejen kata ada banyak saving sini.

– invest UT, ejen kata boleh bagi pulangan 20% konsisten katanya

#nerakawang

2 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?