fbpx

Perasan Tak, Ada Mesej Di Sebalik Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN? Bandingkan Dengan Kisah Dari Surah Yusof.

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 601Words
  • 500Views

Senarai Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Apabila PM umumkan Pakej Ransangan Ekonomi Rakyat Malaysia (PRIHATIN) yang mengandungi begitu banyak inisiatif kepada rakyat, saya tertanya sesuatu.

“Wow! Banyaknya! Tapi kenapa banyak sangat kerajaan bagi ni?”

Eh, bukan. Bukan pertikaikan keputusan kerajaan bagi banyak. Ia bagus malah saya memujinya. Boleh baca tulisan-tulisan saya terdahulu

Saya bukan tipikal seperti sesetengah penyokong politik yang akan sokong apa sahaja yang parti sendiri walaupun terang-terang salah, dan bangkang apa sahaja yang parti lawan buat, walaupun terang-terang perkara baik.

Cuma saya terfikir bahawa ada mesej yang kerajaan cuba sampaikan kepada rakyat.

Ia semacam seorang ayah dan juga suami yang nak keluar lama outstation berbulan-bulan dan tinggalkan pesanan kepada anak isteri:

“Ayah ada tinggalkan wang simpanan ayah RM10,000 dalam akaun. Nanti gunalah untuk belanja famili kita”.

Adakah isteri dan anak-anak akan gembira?

Jika dengar pasal RM10,000 yang diberikan, memang seronok. Tapi jika tahu bahawa si ayah rupa-rupanya akan tinggalkan lama keluarganya, tentu akan berubah perasaan itu.

Begitulah saya umpakan situasi kita sekarang. Mungkin analogi di atas tak tepat 100% tapi untuk memudahkan pemahaman.

Kerajaan bagi kita bekalan siap-siap kerana krisis ini akan berpanjangan lagi lama daripada apa yang kita sangkakan.

Kisah Nabi Yusuf

Saya teringat kisah Nabi Yusuf, apabila Raja Mesir bermimpi 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus. Baginda Raja memanggil seluruh pembesar negara untuk tafsirkan maksud mimpi Raja tapi tiada seorang pun mampu lakukan.

Sehinggalah sampai ke pengetahuan Raja, seorang banduan mentafsirksn mimpi baginda bahawa Mesir akan mengalami 7 tahun musim subur dan diikuti oleh 7 tahun musim kemarau.

Banduan tersebut tak lain tak bukan ialah Nabi Yusuf yang kemudiannya menasihati Raja Mesir untuk mengarahkan rakyat Mesir untuk menyimpan gandum yang dituai ketika 7 tahun musim subur untuk bekalan yang akan digunakan ketika 7 tahun musim kemarau.

Dipendekkan cerita, Nabi Yusuf dilantik sebagai Menteri Mesir untuk menjaga hal ehwal perbendaharaan negara. Ketika rantau Arab mengalami kemarau, Mesir menjadi satu-satunya negara yang terselamat berbanding negara-negara lain di sekitarnya, kerana mereka telah buat persiapan awal.

Sebelum ada netizen memberi kecaman, elok saya jelaskan kisah Nabi Yusof di atas adalah sebagai panduan sahaja. Saya tak samakan Malaysia dengan Mesir ketika itu.

Jejaka Aksi Malaya: Cuaca Panas, Dajjal & Kisah Kemarau Melanda Mesir

Kita sama-sama berdoa agar Malaysia mampu bertahan seumpama Mesir dalam menghadapi musim kemarau ini.

Kerajaan sudah “menyimpan gandum” selama lebih 7 tahun daripada zaman DSNR hingga ke zaman Tun M dan berjaya mengumpul sebanyak RM2 trillion, dan kini TSMY sedang “mengagih-agih gandum” yang dituai kepada rakyat supaya kita dapat bertahan dalam musim kemarau panjang ini.

Jika di zaman Nabi Yusof, Raja Mesir mengambil baginda dari pintu penjara untuk dibawa ke singgahsana kuasa, di Malaysia TSMY mengambil YB Senator Tengku Zafrul Tengku dari pintu CIMB ke kabinet menteri.

Dan satu perkara kita rakyat kena ingat, “gandum-gandum” dalam simpanan ini akan susut lama-kelamaan. Jadi, selepas “kemarau” panjang ini tamat, bersedialah untuk kerajaan kutip balik “gandum-gandum” baru dari rakyat untuk dimasukkan dalam reserve negara.

Jadi, nak tak nak kita juga kena ada simpanan “gandum” sendiri. Takkan nak harap gandum dari kerajaan sahaja.

Mungkinkah TSMY melantik YB Senator Tengku Zafrul sebagai menteri kewangan, selepas mendapat ilham dari langit bahawa krisis Covid-19 ini akan membawa kepada krisis ekonomi yang lebih teruk, seumpama Raja Mesir mendapat ilham melalui mimpi 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus?

Atau tak mustahil juga Tun M yang mendapat ilham sehingga beliau letak jawatan sebagai PM dan memberi sokongan kepada TSMY sbg PM tempoh hari?

Wallahua’lam.

Boleh tonton video di atas,

Covid-19 : Urus Kewangan Dalam Musim Perintah Kawalan Pergerakan ( Kopitiam, TV3 )

 

Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi Allah sebaik-baik perancang.

Afyan Mat Rawi
Bukan Tauke Gandum.

Follow dan klik see first fb.com/afyan.ikhlas utk lagi banyak tip menyimpan gandum 😁 Nak lebih cepat cepat, join t.me/AfyanIFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Assalamualaikum & Salam Sejahtera daripada Takaful IKHLAS Tuan/Puan Yang Dihormati,…