fbpx

Antara Perkongsian Peserta #SeminarBMW KL 2018

Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW edisi KL 2018 sudah berlangsung semalam.

Antara testimoni peserta dari tulisan-tulisan mereka yang saya kongsikan di FB saya :

“Andai di berikan emas permata
Ku pilih senyumanmu..”

Nota kepala: Saya pilih emas & permata walaupun senyumanmu manis menawan. 

Alhamdulillah, jauh datang nak berguru dengan Tuan Afyan Mat Rawi. Tinggi harapan dapat mengelak dari Tersontot Di Pintu Syurga atau tersekat di #nerakawang pada hari kemudian.

Nota badan:
1. Bayar yuran kecerdikan sekarang atau tanggung cukai kebodohan kemudian.

2. 2 cara untuk menjadi kaya :
– Memiliki banyak wang.
– Tidak memiliki banyak kemahuan.

3. Jika buahnya rosak, kita baiki akarnya.
– Apabila kita mengalami masalah kewangan, ‘rawat’ struktur perbelanjaan bukan selesaikan masalah dengan masalah yang lain.

4. Dalam perancangan kewangan, cari ilmu tentang cashflow, nett worth, saving, protection, investment, purification & distribution.

Nota kaki:
Berguru secara berdepan berbeza sangat auranya dari berguru secara talian. Jelas cemburu dengan peserta yang lebih muda tetapi sudah ada kesedaran merancang kewangan.

#SeminarBMW

perkongsian #Seminarbmw KL-01

 

[BMW Part1] Ke kelas merancang wang Tn. Afyan Mat Rawi, IFP di UniKL. Ada juga Tn. Harith Faisal berikan idea sikit berkaitan dengan ASBF.
.
.
Kelas bermula dengan matlamat kewangan dan diikuti dengan 7 topik utama. Antara yang best:
.
+ Saving vs Investment. Pastikan buat simpan dulu sebelum melabur. Kalau saving pun ke laut, jangan harap la nak melabur. Tapi, nak saving dan invest sekali pun boleh.
.
+ Paling best, cara paling senang untuk dapatkan RM1 juta..heh. Confirm senang. Tapi saya tak boleh nak reveal kat sini laa eh.
.
+ Cara mudah kumpul RM100K dalam masa 5 tahun untuk lepasan graduan. 5 tahun je dah boleh kumpul duit utk kahwin. Best kan?
.
+ Setiap instrumen pelaburan, ada pelbagai kos dan risiko di sebaliknya. Unit amanah yang paling okey sebab? Takde risiko utk terus jadi kosong berbanding saham, hartanah dan emas.
.
.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh la join Seminar Bijak Merancang Wang Tn. Afyan nanti. Boleh cek kat FB beliau ya.
.
.
p.s: Tn. Afyan Mat Rawi, nak buku free 1..ehehe. Sekian, terima kasih!! 😄
#seminarBMW

perkongsian #Seminarbmw KL-02

Seharian di Seminar Bijak Merancang Wang, speaker Tuan Afyan Mat Rawi(IFP). Belajar semula pasal cashflow, nett worth, saving, protection, investment, purification dan distribution. Tak sedar masa berlalu daripada pagi sampai petang. Recommended!

#seminarBMW

perkongsian #Seminarbmw KL-03

 

Alhamdulillah, harini seharian menuntut ilmu BMW bersama Tuan Afyan. Seriously, sis galakkan uolss yang cash flow selalu carca marba, bayar hutang tak settle settle dan paling penting kalau taknak tersontot dengan skim #nerakawang datanglah ke seminar BMW.

Bak kata Tuan Afyan, ramai orang kita sanggup membayar cukai kebodohan daripada membayar yuran kepandaian. Itu pasal kebanyakan yang kena skim sontot konon cepat kaya semuanya sek sek kito. Ye dok?

Paling penting, dalam memastikan kewangan kita cun melecun sokmo, jaga 7 perkara ni elok-elok.. .

1- Cashflow
2- Nett Worth
3- Saving
4- Protection
5- Investment
6- Purification
7- Distribution

#seminarBMW
#seminarBMW2018
#tersontotdipintusyorga

Perkongsian #Seminarbmw KL-04

Program seterusnya di JB, Sungai Petani, Melaka dan Kuantan.

Detail dan pendaftaran di http://seminarbmw.afyan.com

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com