fbpx

Beli Kereta Disebabkan Sifar GST Bukan Tindakan Bijak

Pada tahun 60-an, Warren Buffet, pelabur tersohor pernah berkata;

“Jika aku berbelanja melebihi USD20,000 untuk membeli sebuah kereta baru, nilai kereta itu akan berkurangan menjadi tidak bernilai dalam masa 10 tahun.

Tapi jika aku melabur wang tersebut dan mendapat pulangan 25% setahun, wang itu akan menjadi USD158,518 dalam masa 10 tahub, USD1.26 juta dalam masa 20 tahun dan USD9.96 juta dalam masa 30 tahun.

Jadi, adalah satu pembaziran untuk aku membelanjakan USD9.96 juta untuk membeli sebuah kereta baru”.”

Beli kereta hanya disebabkan sifar GST bukan tindakan bijak.

Beli kereta, disebabkan benar-benar perlu. Beli kereta, perlu kira kos-kos yang terlibat dalam pembelian kereta.

Baca tulisan “Kos Sebenar Memiliki Kereta” untuk membuat kira-kira sebenar pembelian kereta
http://afyan.com/infografik-kos-sebenar-memiliki-kereta.ht…/

Mungkin ramai yang tak perasan, sebenarnya ramai orang yang menghabiskan SEPARUH gaji hanya untuk membeli dan membela kereta.

Ya, SEPARUH GAJI. Maknanya, 6 bulan gaji untuk membeli dan membela kereta. Tapi ramai tak perasan.

Baca “Setengah Tahun Kerja Hanya Untuk Kos Kereta?” http://afyan.com/setengah-tahun-kerja-hanya-untuk-kos-kere…/

Kadang-kadang kita boleh gunakan banyak alternatif lain selain beli kereta. Baca juga artikel “http://afyan.com/tip-membeli-kereta-di-musim-gawat.html/

Kereta sebenarnya adalah satu libiliti, bukan aset. Ketahui tip bijak membeli kereta, yang takkan diceritakan oleh salesman kereta atau banker dalam artikel “Tip Bijak Wang Membeli Kereta” di http://afyan.com/tip-bijak-wang-membeli-kereta.html/

Sebaiknya, harga kereta yang kita beli maksima harganya bersamaan dengan setahun gaji.

Gaji RM2,000, maka beli lah kereta berharga RM24,000.

Nak beli harga kereta RM60,000? Boleh, tunggu gaji naik jadi RM5,000.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com