Betulkan Istilah ‘Saving’ kepada ‘Cash Value’ Dalam Takaful

Tahukah anda, polisi medical card takaful Investment-link yang anda langgan ada kemungkinan bila tunai atau saving (istilah yg selalu ejen guna), boleh menjadi kosong atau negatif?

Ya, KOSONG malah mungkin juga NEGETIF!

Sebab itu istilah SAVING dalam takaful kurang sesuai dan kurang tepat.

Yang tepat ialah CASH VALUE dan perlu bersedia jika ia menjadi KOSONG atau NEGETIF.

Sebab itulah tiap-tiap tahun akan kedengaran klien yang bising apabila polisi medical card mereka naik harga walaupun ejen sudah katakan ia ada saving dan takkan naik harga.

Dan apabila harga medical card naik, klien diberitahu oleh ejen bahawa ia naik disebabkan GST, walhal ia sudah termaktub awal-awal dalam quotation malah dalam polisi bahawa ada kebarangkalian ia naik. Tak ada kaitan dgn GST.

Ejen cakap lain?

Tak perlu percaya apa yang saya tulis.

Baca tulisan ini dan semak sendiri dalam polisi.

Kongsi tulisan ini supaya ramai yang lebih sedar perkara ini.

Nota: Saya pelanggan medical card takaful Investment-link link dan medical card stand alone.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?