fbpx

Jauh Lagi Untuk Politik Matang

Di Malaysia, sentimen politik kepartian terlalu sempit.

Parti dianggap suci lagi murni dan sentiasa betul.

Apa yang datang dari parti sendiri dianggap betul dan apa yang datang dari parti musuh dianggap salah.

Orang baik boleh jadi “jahat” di mata ahli parti musuh disebabkan orang baik itu tak join parti yang disokong.

Dan orang “jahat” boleh jadi baik apabila orang itu sertai parti yang disokong.

Jika ada ahli parti mengkritik parti sendiri dianggap sebagai pengkhianat.

Jika ada ahli parti sendiri yang memuji tindakan parti lawan pula akan dipandang serong.

Apabila orang baik sokong parti yang kita sokong, kita sokong orang baik itu dan kita kata orang baik itu matang berpolitik.

Tapi apabila ada orang baik kritik parti yang kita sokong, terus orang baik itu jadi orang jahat dan kata orang baik itu tidak matang berpolitik

Gelaran-gelaran buruk kepada musuh politik tidak usah dikira. Dedak, macai, walaun, jebon, munafiq, mahazalim, penunggang agama, lebai.

Fitnah pula tidak terkira.

Ia berlaku dalam semua parti, tidak kira BN, PAS mahupun PH.

Politik matang? Jaaauuuuuuuuh lagi.

Apa kata anda?

 Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com