fbpx

Kisah Jutawan Sandwich

Minggu lepas saya bersiaran dalam slot kewangan di rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah, berkisar topik “Kesempatan Dalam Kesempitan”.

Ia sangat releven hari ini ketika ramai yang terpaksa diberhentikan kerja ekoran situasi ekonomi yang tidak stabil beberapa tahun kebelakangan ini.

Antara kisah yang saya jadikan pedoman ialah tentang “Jutawan Sandwich”.

Kisah ini berlaku sekitar tahun yang 1997, tentang seorang jutawan di Thailand yang bernama Sirivat Voravetvuthikun.

Sirivat seorang broker saham dan juga jutawan. Beliau dikenali sebagai “The Phantom” di atas kepakaran belau memilih stok-stok saham yang menguntungkan jika dilaburkan.

Beliau sangat kaya malah dikhabarkan pendapatan syarikatnya menjangkau 150,000 Baht sehari! Beliau menjadi jutawan sekitar tahun 1990. Peristiwa kegawatan ekonomi 1997 merubah sejarah hidupnya 180 darjah.

Krisis ekonomi Asia Tenggara yang melanda pada tahun 1997-1997 memberi impak yang sangat besar terhadap negara-negara Asia seperti Malaysia, Indonesia dan tidak terkecuali Thailand. Negara kita menerima impak peristiwa tersebut dari krisis kegawatan ekonomi hingga ke krisis politik negara. Nilai ringgi jatuh teruk, projek-projek banyak terbengkalai, syarikat-syarikat besar mulai ditutup dan kemuncaknya kepada krisis politik negara, pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Opsss… Ini bukan posting politik 🙂

Kita kembali ke topik asal.

Di Thailand, krisis ini digelar sebagai “Tom Yam Kung Crisis” oleh pakar-pakar ekonomi di sana. Ketika itu, nilai Baht jatuh teruk, syarikat-syarikat besar terpaksa ditutup, rakyat kehilangan kerja malah ada yang memberontak dan tidak kurang yang membunuh diri akibat daripada tekanan hidup.

Para peniaga dan pelabur yang selama ini kaya raya, kini menjadi muflis. Tidak terkecuali berlaku kepada Sirivat “The Panthom” Voravetvuthikun. Dalam satu malam, hampir kesemuanya hilang apabila beliau diisytiharkan bankrap selepas saham syarikatnya jatuh mendadak.

Susulan daripada itu, syarikatnya terpaksa ditutup dan 40 pekerjanya hilang mata pencarian. Perniagaan yang dibinanya selama ini jatuh tersungkur menyembah bumi. Hutangnya sebanyak 1 billion Baht!

Ia merupakan satu malapetaka bagi seorang jutawan dan usahawan berjaya seperti beliau.

Dalam mesyuarat terakhir Sirivat bersama 40 pekerjanya sehari selepas beliau diisytiharkan bankrap, beliau dengan nada sedih mengumumkan penutupan syarikat dan pemberhentian pekerja-pekerjanya. Beliau menjadi buntu di atas kemelut yang melanda dan tiada jalan keluar lain melainkan penutupan syarikat.

Nilai syarikat jatuh teruk, pemilik jatuh bankrap, tidak mampu bayar gaji pekerja – apakah pilihan lain selain tutup syarikat? Itulah keputusan berat dan tanggungjawab yang terpaksa diambil oleh Sirivat selaku pemilik syarikat.

Keitka peristiwa itu berlaku, syarikatnya sedang menyiapkan projek perumahan berupa kondominium mewah namun ia gagal disiapkan dan gagal dijual menyebabkan beliau menanggung keseluruhan hutang termasuk hutang-hutang lain hampir 1 billion Baht.

Namun hidup mesti terus.

Balik ke rumah dengan penuh kebuntuan, isteri Sirivat mencadangkan mereka untuk menjalankan bisnes jalanan secara kecil-kecilan. Soalan yang timbul ialah produk apakah yang sesuai? Maka si isteri mencadangkan bisnes produk yang mudah dibuat dari rumah – sandwich!

Sandwich? Sirivat sendiri tidak percaya tentang produk tesebut. Orang Thailand bukan jenis makan sandwich setiap hari. Sandwich bukanlah makanan kegemaran rakyat Thailand.

Tapi itulah yang berlaku selepas itu, Sirivat menjadi Jutawan Sandwich!

Oh, laju sangat penceritaan saya ini.

Baik saya sambung kembali cerita tadi, selepas cadangan isterinya untuk memulakan perniagaan sandwich, Sirivat menjalankannya dengan separuh hati. Sebab itu sahajalah yang mampu dibuat oleh isterinya. Hendak harapkan beliau, lagilah tidak ada harapan.

Boleh anda bayangkan, bagaimana seorang jutawan broker saham yang selalu kerjanya di dalam bilik pejabat berhawa dingin turun ke jalanan menjual sandwich? Itulah yang berlaku kepada Sirivat dan selepas itu ia adalah sejarah.

Sejarah hari pertama perniagaan sandwich beliau di Hospital Besar Bangkok dengan jualan sebanyak 20 biji sandwich. Pendapatan hari pertamanya ialah 500 Baht. Bandingkan dengan pendapatannya ketika menjadi jutawan broker saham; 150,000 Baht sehari! Beliau memang tertekan dengan hasil tersebut.

Hari kedua beliau bangun lebih awal dengan sasaran lebih banyak lagi jualan. Itulah yang berlaku, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.

Daripada sandwich, berkembang kepada sushi. Dari situ juga pernigaan beliau berkembang dengan pembukaan sebuah kedai kopi di kawasan Hospital Besar Bangkok.

Daripada jutawan broker saham kepada jutawan sandwich.

Pada tahun 2009, beliau berjaya menyenaraikan syarikat beliau sekali lagi ke papan bursa saham Thailand.

Selesai penceritaan, Jutawan Sandwich.

Belajar sesuatu? Klik “share”.

Klik see first FB Afyan Mat Rawi untuk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com