Medical Card: Limit Tahunan (Annual Limit) Atau Limit Seumur Hidup (Lifetime Limit)

Apabila melanggan medical card, mana yang lebih penting; Limit Tahunan (Annual Limit) atau Limit Seumur Hidup (Lifetime Limit)?

Contoh situasi:

Medical card A:
Limit Tahunan : RM100,000
Limit Seumur Hidup : Unlimited

Medical Card B
Limit Tahunan : Unlimited
Limit Seumur Hidup : RM 1 Juta

Medical Card A, walaupun had seumur hidup unlimited tetapi ia memberi indikator, kalau nak claim banyak perlu claim RM100,000 setiap tahun.

Jika 10 tahun claim RM100,000 maka akan cecah RM1 juta yang mana, ia situasi yg sangat rare kerana jika seseorang menjalani kos pembedahan RM100,000 selalunya ia sudah kritikal dan akan meninggal dunia.

Agak mustahil utk seseorang dimasukkan ke hospital dan kemudian menjalani rawatan dgn kos RM100,000 setiap tahun melebihi 10 tahun.

Pengalaman saya, tidak pernah berlaku lagi seseorang itu claim sehingga tidak cukup had seumur hidup medical card.

Tapi yg selalu berlaku ialah claim sehingga melebihi had tahunan, dan kemudian perlu top-up dgn duit sendiri.

Jadi, Medical Card B lebih releven kerana tidak perlu risau tentang had limit tahunan kerana ia tiada had limit.

Nota: Kos rawatan kanser hari ini boleh mencecah sehingga RM300,000.

Mahukan sesi penerangan tentang perkara ini? 
Isi borang dibawah (Hanya utk sekitar Lembah Klang sahaja)

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?