fbpx

“Kami Decide Nak Berhenti Pelan Takaful Ini”, Kata Seorang Pelanggan

Tulisan ini dipetik dari FB Tuan Hannan Shawalludin mengenai kefahaman sebenar istilah pelaburan dalam takaful.

“Maaf En Hannan. Kami decide nak berhenti pelan Takaful Ikhlas ni.” Kata seorang pelanggan aku yang baru 4 bulan menjadi peserta Takaful.
.
“Ya. Boleh saya tahu kenapa ya?”
.
Lama dia menyepi.
.
“Kami tak tahu macam mana nak bagitau En Hannan.” Sambung dia lagi.
.
“Saya tak paksa puan bagitau. Cuma kalau-kalau ada masalah kewangan kita cuba kurangkan bayaran bulanan. Rugi berhenti terus.”
.
“Kami jumpa seorang ejen ni. Dia kata kalau amik pelan Takaful dia, kalau tak jadi apa-apa boleh dapat duit balik.” Balas si pelanggan.
.
Aku kecewa. Terimbau kembali kali pertama jumpa pasangn suami isteri tersebut. Puas menerangkan,
.
‘Takaful yang saya offer tuan ni produk investment-link. Ada pelan pelaburan. Tujuan utama dia untuk cover caj tabarru’ yang meningkat seiring dengan usia supaya tuan dan puan kekal bayar sumbangan takaful yang sama untuk tempoh yang panjang. Kenaikkan sumbangan hanya berlaku jika hasil pelaburan tidak memberangsangkan dan tak mampu untuk tampung kenaikkan caj tabarru’,”
.
Ooh ya. Hasil pelaburan tu duit anda. Kalau jadi apa2 atau tak jadi apa2 memang duit tu akan jadi milik anda. So, tak da istilah dapat balik duit yang dah dibayar. Sikit atau banyak bergantung pada hasil pelaburan yang tidak dijamin. Duit yang dah dibayar menjadi pahala sedekah kepada mereka yang telah ditimpa musibah.
.
Hannan Shawalludin
Perunding,
INFAQ Consultancy

Plan your wealth, change your life.

#sembangkewangan #urusduit #millionairemind #muhasabahdiri#takafulikhlas #takaful #rancangkewangan #celikkewangan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com