korban aqiqah kemboja


InsyaAllah saya akan mengikuti misi korban dan aqiqah ke Kemboja pada hari raya korban kelak.

Ia anjuran NGO Syabab Care yang beroperasi di Gombak. Rujuk FB Syabab Care www.facebook.com/syababcare.

Tahun lepas kami pernah melakukan misi bantuan banjir di Kuantan yang mendapat sumbangan yang sangat menggalakkan. Bulan lalu kami adakan misi bantuan dan dakwah ke Borneo.

Tahun ini Insyaallah kami akan ke Kemboja buat pertama kali untuk melakukan misi korban ini. Kebetulan salah seorang kami mempunyai keluarga di Kemboja yang memudahkan urusan kami di sana utk melaksanakan fardhu kifayah ini.

Jadi kami membuka peluang kepada rakan-rakan untuk mengambil bahagian dalam ibadat korban ini di tempat yang memerlukan. http://tinyurl.com/Syababcare14

korban aqiqah kemboja (3)
Perkampungan dhaif

Saya dikhabarkan, lokasi yang akan kami laksanakan ibadah korban aqiqah ini merupakan kawasan kampung yang masyarakatnya amat dhaif dan sangat memerlukan.

korban aqiqah kemboja (2)
Mereka memakai baju sumbangan orang ramai

Baju-baju yang digunakan oleh kanak-kanak ini semuanya adalah dari sumbangan orang ramai.

 

korban aqiqah kemboja (4)
Surau yang dhaif
korban aqiqah kemboja (1)
Tempat wudhuk yang dhaif

Gambar ini adalah bangunan surau dan tempat ambil wuduk mereka.

Sangat dhaif.

Mereka menanti sumbangan daripada rakyat Malaysia yang dermawan.

Jadi, sumbangan dan penyertaan dari rakan-rakan amat kami alu-alukan.

Selain sebagai peserta korban dengan RM280 satu bahagian, kami juga alu-alukan sumbangan berupa wang tunai untuk menampung kos program sulong kami di Kemboja ini.

Sesiapa yang berminat boleh isikan borang di http://tinyurl.com/Syababcare14

Selain itu, doa dari rakan-rakan amat kami harapkan supaya Allah lancarkan perjalanan kami pergi dan balik.

Klik SHARE pada posting ini juga merupakan satu sumbangan yang amat kami hargai.

Afyan Mat Rawi, Gombak.

(Borang online boleh didapati di http://tinyurl.com/Syababcare14)
 

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?