fbpx

Vaksin, Teori Konspirasi dan Orang Kita

  • 11 years ago
  • 3Minutes
  • 456Words
  • 426Views

Suatu ketika dahulu, saya peminat tentang teori konspirasi yang berkisar tentang protokol Yahudi, agenda zionis, perancangan illuminati dan lain-lain.

Saya bukan pengkaji pun, tapi hanyalah pemerhati, peminat, pembaca malah mungkin juga boleh diistilahkan sebagai “penganut” apabila mudah mempercayai teori-teori ini.

Kini saya masih lagi pemerhati, peminat namun tidaklah sampai ke tahap “penganut”, apabila setiap teori yang muncul ia akan hadir dengan argumen-argumen yang akhirnya saya tidak mengambil serius.

 

Konspirasi Facebook

Antara teori konspirasi yang pernah popular dahulu ialah teori konspirasi tentang Facebook.

Menurut “riwayat” teori konspirasi tersebut, Facebook merupakan sebahagian daripada agenda Yahudi dan digunakan utk mengumpul maklumat dan data penduduk bumi.

Buktinya ialah Mark Zuckerberg ialah seoarang Yahudi. Antara penemuan lain teori ini ialah Facebook menggunakan istilah “wall” untuk menulis status dan ia adalah manifestasi “dinding kaum Yahudi” di Jurusalem yang menjadi tempat penganut agama Yahudi meluahkan perasaan.

Teori ini kini jarang sekali kedengaran. Mungkin selepas Facebook menggantikan “wall” dengan “timeline”.

 

Konspirasi Apple

Saya pernah membuat satu teori sinikal tentang Apple.

Teori saya ialah; sebenarnya Apple adalah agenda satu kumpulan Muslim untuk menyebarluaskan pengaruh Islam.

Buktinya Apple menggunakan huruf “i” utk prduk-produk keluarannya seperti i-Phone, i-Pod, dan i-Pad. Tambahan pula, Stave Jobs pula pula mempunyai genetik muslim dari ayah biologinya.

Saya penah menyuarakan teori ini kepada rakan yang mempercayai teori konspirasi yahudi, zionis dan illumniati utk meragui teori-teori yang dipercayainya.

Beliau akhirnya memarahi saya.

Hahahaha.

 

Konspirasi Vaksin

Kini, timbul pula teori konspirasi tentang vaksin.

Isu dan isi yang ditimbulkan sama dengan teori-teori konspirasi sebelum ini; agenda Yahudi untuk menghancurkan umat Islam.

Saya tidak mahu mempertikaikan tentang banar salah teori tersebut, ia sudah ada penjelasan oleh pakar-pakar peruatan dan biarlah pakar yang menjawabnya.

 

Konspirasi Cina

Tidak dapat dinafikan, orang kita memang mudah mempercayai tentang teori konspirasi dan termasuk saya.

Sebab itu orang kita mudah mempercayai teori konspirasi tentang orang Cina yang akan menguasai politik Malaysia. Perang saraf dan psikologi tentang perkara ini disebarkan sejak sekian lama dan menjelang pilihanraya lepas, ia menjadi bahan kempen dan propaganda untuk meraih undi.

Dan hasilnya memang memberangsangkan apabila undi orang Melayu nampak solid menolak mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Cina yang ingin mengasai Malaysia.

 

Sikap Saya

Ada beberapa panduan yang boleh saya kongsikan apabila kita berhadapan dengan perkara ini.

Apabila kita berhadpan dengan teori, ketahuilah ia adalah teori. Apabila namanya teori, ia boleh diterima atau ditolak.

Tiada masalah untuk kita menerimanya tapi jangan memaksa orang lain untuk turut menerimanya.

Kemudian, apabila terdapat fakta yang bercanggah dengan teori maka kita perlu dahulukan fakta berbanding teori. Jadi, untuk menolak fakta yang mempertikaikan teori awal tadi maka kita perlu juga datangkan fakta.

 

Kesimpulannya…

TEORI vs TEORI = TEORI. Boleh percaya atau tidak percaya.

TEORI vs FAKTA = FAKTA.

FAKTA vs FAKTA = FAKTA. Boleh pilih fakta yang lebih diyakini.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pengenalan kepada PELABURAN JENIS Secara umumnya saya membahagikan pelaburan kepada…