Pengisytiharan Patuh Syariah Plan Pemasaran OneXox

Pengisytiharan patuh syariah plan pemasaran OneXox satu perkembangan yang bagus sebab ada juga simkad lain dipasarkan mirip plan MLM yang pernah dibangkitkan isu syariah oleh page muamalat.my, Tone Excel.

1

Namun, sebelum ada ejen yang merosakkan market dengan cara membuat analogi simkad ini dengan isu halal haram insurans konvensional dan takaful, lebih baik ia diberi perhatian dari awal.

Isu patuh syariah bukan pada simkad. Isunya ialah plan pemasaran simkad.

Sama seperti model-model pemasaran produk yang ada di pasaran seperti kopi, penapis air, ginseng dan sebagainya – isu patuh syariah ialah bukan pada produk tapi pada plan pemasaran, yang selalunya plan pemasaran melalui MLM.

Membuat analogi simkad patuh syariah dengan isu halal haram insurans konvensional dan takaful, bukan cara marketing yang baik dan saya yakin penasihat syariah OneXox.

Saya difahamkan salah seorangnya ialah Ustaz Zaharuddin Hj Abd Rahman.

Harap-harap rakan-rakan FB saya yang menjalankan bisnes OneXox yang membaca posting ini tidak menggunakan cara marketing yang sama.

Tidak perlu menambah jumlah penunggang….

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?