Istilah simpanan dan pelaburan dalam takaful mengelirukan, yang tepat adalah “cash value” atau “nilai tunai”

  • Reading:4Minute:s
  • PostView Count:308Views

Yang menjadi masalah besar dalam pemasaran takaful, adalah istilah simpanan dan pelaburan dalam takaful / insurans.

“Habis, kalau bukan simpanan, apa?”

Komen seorang ejen apabila membaca tulisan-tulisan saya tentang takaful untuk perlindungan, bukan simpanan. Nampak sinis komen tersebut.

“Kan simpanan tu? Walaupun RM1.00 yg dapat jika batalkan polisi, ia masih simpanan”, tambahnya lagi.

Nampak benar-benar tersinggung dgn tulisan-tulisan saya supaya tak gunakan istilah saving atau simpanan atau pelaburan apabila mempromosi takaful.

Ia diluahkan dalam satu komen kpd posting saya yang dikongsi oleh rakan followers, satu ketika dahulu.

Cuma saya tak dapat komen. Biar saya respon di sini.

Istilah yang tepat ialah “cash value” atau nilai tunai, bukan simpanan.

Apabila guna istilah simpanan, ia membayangkan seumpama simpanan di bank. Ciri simpanan di bank dengan “simpanan” di takaful, sangat berbeza.

  • ✔ Simpanan di bank sangat cair, boleh dikeluarkan bila-bila masa tapi takaful tidak.
  • ✔ Simpanan di bank, jumlahnya dijamin tapi di takaful belum tentu.
  • ✔ Simpanan di bank gunakan kontrak wadiah atau qard tapi di takaful gunakan kontrak wakalah.

3 ciri di atas sudah nampak beza.

Perbandingan takaful dengan bank juga umpama membandingkan epal dengan cipan. Tak kena langsung.

Tengok pula objektif produk bank dengan Takaful.

  • ✔ Bank boleh sediakan kad ATM, tapi takaful tidak.
  • ✔ Bank ada fasiliti utk buat pembiayaan rumah. Takaful ada?
  • ✔ Bank ada fasiliti utk beli kenderaan secara berhutang, takaful mana ada?
  • ✔ Bank ada ASB Financing, takaful tak ada.

Sebab itu cara promosi utk membandingkan bank dengan takaful sangat tidak kena. Pernah tengok cara promosi membandingkan takaful dengan simpanan bank? Ia selalunya dibuat oleh ejensi, BUKAN syarikat takaful.

Jadi, gunakan istilah yang lebih tepat, iaitu cash value atau nilai tunai. Bukan simpanan.

Analogi mudah begini;

Jika kita ada aset seperti hartanah yang bernilai RM100,000 kita tidak kata “Hartanah ini ada simpanan RM100,000”.

Kita akan kata “Hartanah ini bernilai RM100,000”.

Atau ” Market value hartanah ini ialah RM100,000″.

Istilah yg tepat di sini ialah “market value” atau nilai pasaran. Bukan simpanan atau saving.
Gunakan istilah yg tepat.

Apabila kita gunakan istilah yang kurang tepat, ia akan memberi persepsi yang berbeza.

Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.

Selamat beramal!

UPDATED: Jadi, apa fungsi cash value dalam takaful?

Pertama, kita perlu tahu bagi polisi takaful investment-link atau polisi endowment, bayaran premium ada kemungkinan meningkat mengikut tahun dan keadaan semasa. Lebih-lebih lagi jika ada medical card.

Ada juga yang memang dijadualkan meningkat daripada awal apabila umur meningkat.

Semua ini ada dalam polisi da siap juga PDS (product disclosure sheet).

Jadi dengan adanya fungsi tabungan dalam polisi kita, ia boleh menampung kenaikan tersebut.

Kerana itu ada agen yang berani kata jumlah yang kita carum waktu muda akan kekal sehingga tua. TETAPI, ini juga mindset yang salah.

Ia berkaitan isu sustainability policy, terutama polisi yang ada medical card, apabila banyak claim dalam sesuatu portfolio produk, maka caruman akan meningkat terhadap seluruh pelanggan yang melanggan produk sama.

Itu yang kadang ada klien bersungut caruman meningkat beberapa tahun sekali.

Andai kata jumlah tabungan kita berkurangan dan tidak cukup untuk menampung bayaran premium semasa, maka pihak syarikat takaful akan minta untuk dinaikkan bayaran caruman bulanan.

Kedua, tabungan itu berfungsi sebagai backup seandainya berlaku short-fall atau pelanggan tidak membuat bayaran atau apa jua sebab.

Ini pun dengan syarat duit dalam tabungan itu cukup banyak untuk membayar bulan-bulan yang tanpa bayaran.

Sekiranya tidak, polisi kita tetap akan luput (lapse).

Satu perkara yang anda kena ketahui, apabila sesuatu polisi menjanjikan nilai tunai atau simpanan yang tinggi, sudah tentu bayaran bulanan takaful tersebut juga tinggi.

Contoh;

Saya berikan contoh 2 produk di bawah. Yang pertama ada nilai tunai, dan yg kedua tiada nilai tunai

Umur 30 tahun, dengan peruntukan RM99 sebulan boleh dapat

  1. Manfaat kematian RM100,000
  2. Manfaat kematian kemalangan RM100,000
  3. Manfaat kematian disebabkan sakit kritikal RM100,000
  4. Manfaat penyakit kritikal (CI) RM100,000
  5. Manfaat lumpuh kekal (TPD) RM100,000
  6. Manfaat elaun hospital swasta dan kerajaan RM100 sehari
  7. Manfaat pengecualian bayaran atau waiver disebabkan CI atau TPD pun ada
  8. Ada nilai tunai sepanjang tempoh polisi.
  9. Manfaat no 1, 2, & 3 boleh dijadikan hibah takaful.
  10. Manfaat kematian, lumpuh dan penyakit kritikal BERASINGAN.

Semua 10 manfaat di atas, hanya RM99 sebulan! Berminat? Klik di sini

Jika bajet terhad, dengan RM40+++ sebulan (umur 30 tahun) , dapat manfaat:

  1. RM200,000 kematian biasa
  2. RM200,000 kematian kemalangan
  3. RM200,000 kematian penyakit kritikal
  4. RM200,000 lumpuh kekal
  5. Manfaat kematian boleh dijadikan hibah kepada pasangan.
  6. Bayaran RM40+++ kekal selama 20 tahun.

Berminat? Klik di sini

Contoh di atas untuk pelanggan umur 30

Afyan Mat Rawi
Ejen cabuk

Berminat untuk mengetahui tentang perkara ini? Sila isi borang di bawah.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 
............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post
3 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
"Tuan, ini proposal saya untuk Tuan", mesej saya kepada beliau…