fbpx

Petikan Tulisan Bertajuk “Konspirasi Para Isteri Memboroikan Suami”

Menerusi satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik daripada University of Bath’s School of Management di England terhadap 9,000 individu yang telah berkahwin, hampir 100 peratus daripada mereka memiliki indeks jisim tubuh (BMI) yang lebih tinggi kira-kira lima bulan selepas berumah tangga.

Kajian pada tahun lalu itu turut mendedahkan, BMI lelaki akan meningkat berterusan terutamanya selepas mereka bergelar seorang bapa. Kata kajian tersebut lagi, masalah kegemukan berlaku disebabkan oleh perasaan bahagia. Mereka tidak lagi mempedulikan rutin gaya hidup sihat tetapi, tumpuan lebih diberikan kepada keluarga.

Persepsi tipikal lelaki gemuk itu suami orang harus dihentikan. Menjadi suami orang tidaklah bermakna kita boleh mengabaikan kesihatan badan dan membenarkan peningkatan BMI berlaku secara berleluasa.

Amalan gaya hidup sihat seperti parkir kereta sedikit jauh dari destinasi yang memaksa kita berjalan lebih, menggunakan tangga berbanding lif, mengurangkan aktiviti ‘mengeteh’ di pejabat dan mengambil berat nilai kalori dalam setiap pemakanan boleh membantu kita mengawal berat badan.

Kaum lelaki lebih-lebih lagi golongan suami harus me­nguatkan azam untuk sama-sama mengatasi masalah boroi ini. Kita harus kuat semangat. Secara peribadi, saya percaya usaha memboroikan suami merupakan satu konspirasi terancang oleh para isteri. Mereka rasa sangat selamat apabila perut suami semakin ke depan.

Petikan dari tulisan bertajuk “Konspirasi Para Isteri Memboroikan Suami”, Harian Kosmo 16 Februari 2018.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Petikan Tulisan Bertajuk "Konspirasi Para Isteri Memboroikan Suami"

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com