3

table1 table2 table3 table4

Rakyat Malaysia bertuah, kerana ada hampir 40 syarikat pengurus dana atau lebih dikenali dengan unit trust.

Majoriti rakan-rakan yang memberi respon dalam status-status sebelum ini, hanya kenal satu dua syarikat sahaja.

Tentu Tuan-Puan juga biasa dengar dan lihat juga bukan?

Sebagai pengguna, kita boleh menggunakan beberapa tools seperti Lipper Table untuk membuat penilaian prestasi sesuatu dana.

2

Berdasarkan jadual ini, antara dana yang perform dalam masa 5 tahun ialah;

1. Eastpring Dana Al Ilham
2. PMB Syariah Aggressive
3. Kenanga Syariah Growth
4. PMB Syariah Growth

Banyak kali saya kongsikan dana-dana ini, majoriti tidak tahu pun kewujudan dana dan syarikat ini di pasaran.

1

Syarikat-syarikat ini tidak famous, tidak banyak cawangan, tidak popular, tidak ramai ejen, jumlah dana mereka tidak besar – tapi mempunyai dana yg memberi pulangan yang tinggi melebihi 10% setahun purata dalam masa 5 tahun.

Setiap dana di atas ada kelebihan tersendiri dari sudut pulangan, volatility, preservation, sharpe ratio dan sebagainya.

Contohnya;

– Eastpring Dana Al Ilham mendapat rating tinggi oleh Lipper Table utk total return, consistent return dan preservation.

– Manakala PMB Syariah Aggressive pula pernah mendapat pulangan 40% dalam masa setahun.

– Kenanga Syariah Growth memberi pulangan konsisten dan risiko yang rendah berdasarkan sharpe ratio dana ini.

Dengan memilih kesemua dana pelaburan ini secara serentak, pelanggan boleh mendapat keistimewaan yang ada pada kesemua dana.

Cara biasa untuk membeli dan melabur dalam dana-dana di atas adalah dengan berjumpa dgn ejen-ejen bagi setiap syarikat dan tentunya melecehkan.

Namun ada berita baik, kita sudah ada satu platform yang membolehkan pelabur mengakses ke semua dana ini serentak!

Yang lebih menarik, bukan setakat pelabur, malah ejen juga boleh menjual ke semua dana ini!

Keistimewaan ejen sama sahaja dengan ejen-ejen unit trust lain seperti komisen, kenaikan pangkat, over ridding, peluang melancong ke luar negara, anugerah dan sebagainya.

Ia masih lagi baru di Malaysia, jadi masih belum ramai yang mengetahui perkara ini.

Dalam sebulan dua ini saya menerima kemasukan ejen dari pelbagai syarikat unit trust untuk menyertai platform ini.

Kata mereka “Kalau boleh jual dana semua syarikat, mengapa saya hanya jual dana dari satu syarikat sahaja?”.

Malah klien sedia ada pun boleh dipindahkan ke platform ini.

Saya alu-alukan rakan-rakan dalam industri servis kewangan untuk bersama saya menggunakan dan mempromosi platform ini.

4

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?