Pre Order Buku “Tersontot Di Pintu Shorga”

Ketika buku ini siap, mahkamah baru sahaja membuat keputusan tentang kes saman pemula Alfafa terhadap saya.

Ia bermula sejak tahun 2013 lagi.

Pertama kali dalam sejarah saya menentang scammer sejak tahun 2002, saya dibawa ke mahkamah oleh Norsham dan Alfafa.

Skim projek perumahan banglo murah tak masuk akal too good to be true ini saya bongkar sejak tahun 2013, dan sehingga kini sudah masuk 2017, sebatang tiang rumah pun tidak nampak bayang.

Asalnya saman fitnah pada tahun 2015 tapi tidak ada susulan dari pihak mereka dan kemudian tahun lalu, mereka memfailkan saman pemula dan sebutan kes pada bulan Julai 2016.

Jika Tok Belagak menggunakan skim emas delay, skim Alfafa pula menggunakan elemen hartanah dalam skim mereka.

90% sama dengan apa yang berlaku ketika insiden sontot emas ETA Tok Belagak dan sewaktu dengannya.

Dalam buku ini saya kongsikan kisah-kisah “Travelog Financial Fighter” menentang scammer.

“Perang Melawan Scammer” ini tiada penghujungnya.

Sekalipun “menang”, Sang “Financial Fighter” tercedera kiri dan kanan.

Manakala bagi Sang Scammer, walaupun tewas tapi wang yang dipungut sudah berkoyan-koyan.

Financial Fighter “menang” dengan penuh dukacita mengenangkan nasib mangsa yang sama bangsa dan agama dengannya.

Manakala Sang Scammer pula “tewas” dengan penuh gelak tawa kerana dia tahu dia memang akan kalah akhirnya dalam peperangan yang mereka memang tahu akan tercetus dengan Sang Financial Fighter.

Sang Scammer tahu bahawa program “sontot”nya akan “collapse”. Jadi, mereka akan cari sebanyak mungkin mangsa, dan kumpul sebesar mungkin laba sebelum muncul Financial Fighter.

Apabila Sang Financial Fighter muncul, Sang Scammer sudah sedar akan berlaku peperangan, jadi tindakan yang perlu diambil ialah melengah-lengahkan peperangan itu tamat.

Semakin lama peperangan itu berlangsung sebelum tamat, semakin banyak laba yang bakal dipungut.

Manakala bagi Sang Financial Fighter pula, peperangan perlu ditamatkan segera.

Siapakah yang memenangi peperangan ini?

Apa terjadi kepada Financial Fighter?

Apa pula nasib Sang Scammer?

Selanjutnya dalam buku “Tersontot Di Pintu Shorga”, siri pertama dalam#nerakawang

Klik link untuk tempahan

https://infaq.antr.co/buku-tersontot-di-pintu-shorga

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?