Tuan-Puan, ini antara koleksi soalan yang masuk ke peti mel FB saya.

7  109 8

Semua saya jawab, paling kurang dalam hati

Saya tak mampu nak menyiasat semua skim yang ada atas muka bumi ini.

Pegang prinsip saya ini, yang saya apply sejak sekian lama;

Prinsip 1;

“Semua skim pelaburan adalah merugikan, kecuali dibuktikan sebaliknya”.

Prinsip 2;

“Semua skim pelaburan yang menawarkan JAMINAN keuntungan too good to be true dengan jaminan ROI melebihi 10% SETAHUN, adalah skim sontot riba tanpa perlu buktikan apa-apa”.

Prinsip 3:

“Biar bijak katakan tidak – biar kawan marah kita sekali hari ini kerana kita reject dia, daripada kita marah dia banyak kali selepas tersontot esok”.

Ia terpakai juga pada mana-mana pelaburan yang saya tawarkan.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?