fbpx

Program Sara Diri Amanjaya Bersama Masyarakat Grik Dan Lenggong

2 hari menjayakan program Sara Diri Amanjaya bersama masyarakat di Grik dan Lenggong.

Semalam berprogram di Kolej Komuniti Gerik dan hari ini pula di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Lenggong.

Kali terakhir berprogram di sini adalah pada tahun 2014, atas jemputan Institut Latihan Kecemerlangan MARA utk warga kerja MRSM Lenggong dan MRSM Grik.

Program kali ini pula kepada masyarakat di sini yang majoritinya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dari kalangan peniaga bisnes kecil, kerja kampung, penoreh getah, pekerja swasta, kakitangan kerajaan dan suri rumah.

Alhamdulillah, penyertaan menggalakkan dari para peserta yang kekal bertenaga sepanjang hari sehingga ke tamat program.

Tahniah kepada kerajaan Negeri Perak yang menganjurkan program untuk mendidik rakyat untuk celik kewangan.

Ilmu litearsi kewangan adalah ilmu yang tidak diajar di dalam sistem pendidikan kita di Malaysia baik di sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di peringkat pengajian tinggi.

Jadi apabila ada inisiatif sebegini dari sebuah kerajaan negeri, ia adalah perkembangan positif.

Difahamkan, program literasi kewangan ini adalah sebahagian daripada Bajet 2018 Kerajaan Negeri Perak untuk rakyat di negeri ini.

Ingin adakan program perancangan kewangan seumpama ini di tempat anda ? PM tepi

#SeminarBMW

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

 

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com