fbpx

Sesetengah GST Dikutip Pada Kadar 10%?

Tahukah anda, dalam sesetengah situasi selama ini GST dikutip pada kadar 10%?

Lihat gambarajah ini, perkhidmatan pemindahan amaun interbank dari Maybank ke bank lain melalui Maybank2u.

Apabila perkhidmatan perbankan internet digunakan untuk memindahkan amaun secara inter-bank sebegini, akan dikenakan caj RM0.10 (10 sen) pada setiap transaksi.

Bagi servis tersebut, akan dikenakan cukai GST 6% bagi setiap 10 sen iaitu 0.6 sen atau RM0.006.

Namun, nilai sen yang terkecil ialah 1 sen atau RM0.01 maka jumlah 0.6 sen tadi dibundarkan kepada 1 sen.

Maka pengguna membayar 1 sen GST pada setiap servis 10 sen transaksi inter-bank.

1 sen daripada 10 sen ialah 10%, bukan lagi 6%.

Perbezaan 6% ke 10% ialah peningkatan sebayak 66.67%!

1 sen memang kecil, tapi bayangkan berapa ramai yang guna selama ini?

Saya teringat cerita seorang banker yang mencuri beratus-ratus ribu RM dari akaun klien dengan cara memindahkan wang 1 sen dari setiap pemilik akaun ke akaunnya.

Dari tahun 2015 ke tahun 2018, agak-agak sudah berapa banyak caj yang sudah terambil lebih oleh kerajaan selama ini?

Mujurlah GST sudah tiada. Damailah engkau di sana.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com