fbpx

Soalan Si Anak-“Kenapa Ada Banyak Bendera?”

“Ayah, kenapa ada banyak bendera?”, tanya Zulaikha. Teruja melihat bendera parti-parti politik sepanjang jalan ke sekolah.

“Orang nak kempen”, jawab si ayah.

“Kempen tu apa, ayah?”, bertalu-talu soalan datang.

“Kempen untuk pilihanraya”, si ayah jawab dengan penuh sabar.

“Pilihanraya tu apa?”,

“Pilihanraya tu orang pergi mengundi”,

“Mengundi tu apa?”

“Mengundi tu, orang nak pilih wakil rakyat”

“Wakil rakyat? Wakil rakyat tu apa?”

“Wakil rakyat tu nanti dia jadi pemimpin kat Parlimen”

“Parlimen tu apa Ayah?”

“Parlimen tu tempat wakil rakyat pilih menteri”

“Menteri tu apa, ayah?”

“Tanya Ummi”

(Anakku, kuharap kau mengerti apabila dewasa kelak bahawa politik ini banyak simpang siurnya)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com