fbpx

11 Pelajaran Daripada SST 2.0 Dan 100 Hari Malaysia Baru

11 Perkara Yang Kita Dapat Belajar Dari SST 2.0 dan 100 Hari Malaysia Baru.

1. Jangan bergantung kepada ahli politik untuk membantu kehidupan kita. Apabila saya maksudkan ahli politik, ia merujuk kepada sellluurrruuuh ahli politik.

2. Ahli politik ada tembolok yang perlu mereka jaga. Tidak kita parti mana. Jadi, tak perlu harapkan mereka untuk jaga tembolok kita. Apabila saya maksudkan parti politik, ia merujuk kepada sellluurrruuuh parti politik.

3. Tidak ada cukai yang mampu menurunkan harga barang hari ini.

4. Tidak kira GST mahupun SST, jika dah nama cukai, mestilah ia menambah kos bukan mengurang lagi.

5. Usah berharap dengan ubah kerajaan akan memberi solusi kepada kenaikan kos sara diri.

6. Inflasi tak kenal parti. Ia ada sejak zaman Nabi.

7. Kita tak mampu mengubah harga barang, tapi kita mampu menggubah dan menyusun sendiri pengurusan wang.

8. Kita tak mampu kawal GST atau SST, tapi kita boleh kawal gaya hidup diri sendiri.

9. Jalan terbaik untuk menentukan masa depan kita nanti, adalah mulakan perancangan dari hari ini.

10. Harga barang akan terus naik dan naik lagi itulah inflasi. Ia tak kenal parti dan siapa Perdana Menteri. Ia juga tak kira SST atau GST.

11. Cara terbaik untuk mengubah kehidupan dan kewangan kita kepada lebih baik, bukanlah dengan cara mengubah pemimpin negara. Tapi dengan cara mengubah diri sendiri. “For things to change, I must change first”.

Afyan Mat Rawi
Belum bayar SST lagi

“Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan”.

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com