fbpx

Biarlah Saya Kekal Sebegini

Beberapa kali dari sebelum PRU lepas, saya dijemput untuk memberi ceramah di pentas politik, saya terpaksa menolak.

Saya tak pandai main politik.

Antara kemahiran utama orang politik ialah U-Turn. Saya tak berapa cekap U-Turn. Nanti terbabas terlanggar divider.

Silap U-Turn, habis semua saya sondol dan langgar. Tak pasal-pasal saya dituduh pengkhianat.

Jika status politik FB, boleh baca banyak kali sebelum post. Itupun orang boleh printscreen.

Tapi jika ucapan di pentas politik, kalau sudah ada rakaman, susah wooo nak u-turn.

Jadi, lebih baik saya tolak siap-siap supaya tidak mengecewakan semua pihak. Biarlah Saya kekal sebegini dan saya bukan non-partisan.

Lagipun, main politik ni susah nak jadi kaya kalau jujur sangat.

Maaf….

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com