16 Mei – Selamat Hari Guru

Guru bisnes takaful saya yang pertama.

Tn Hj Isa Sabitan. Banyak yang saya belajar dari beliau. Tak dapat nak tag, beliau tiada FB. Tapi saya berkawan dgn kakak beliau, Pn Siti Arpah Mohd Sabitah

Gambar dari FB rakan seperguruan, Tuan Feredis Mihdar, tahun berapa entah saya pun lupa. Tak silap saya tahun 2011.

Masa mula-mula saya join bisnes takaful, saya memang tak tahu apa pun pasal takaful.

Saya masih ingat sewaktu belajar tentang “rider takaful” dalam satu sesi training, sampai habis program saya sangkakan ia adalah produk untuk penunggang motor = rider.

Adeh…

Juga masa belajar tentang “potongan ANGKASA”, masa tu saya mati-mati sangkakan ia adalah produk untuk angkasawan negara. Kebetulan masa tu projek angkasawan negara dimulakan.

Aduh, kenangan betul.

Alhandulillah, tahun 2019 saya masih berada dalam bisnes takaful ini sejak tahun 2003.

Daripada ejen, naik tangga Penolong Pengurus Ejensi / Assistant Unit Manager, Pengurus Ejensi / Agency Manager (AM) dan kini sebagai Pengurus Ejensi Kumpulan / Group Agency Manager (GAM).

Semuanya atas dorongan, dan cabaran daripada beliau. Pernah berselisih faham ketika saya berada di peringkat AM (biasalah orang muda), tapi itulah yang menjadi dorongan saya untuk naik sebagai GAM.

Terima kasih kepada guruku!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM47.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com


BukuBMW


Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
WANITA GOLONGAN YANG BERISIKO TINGGI TERHADAP KANSER. Tahukah anda, wanita…