fbpx

Boleh Atau Tidak Plan Takaful Mendapat Pelepasan Cukai LHDN?

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 223Words
  • 3741Views

Dipetik dari FB Zariff Zahari berkenaan bahagian pelepasan cukai untuk insurans/takaful.

“Saya sedang dalam proses mengisi e-filing lhdn untuk pelepasan cukai. Takaful plan yang saya ambil ni termasuk dalam kategori “insuran nyawa” atau “ insurans perubatan?”
.
Isi jangan tak isi,
Pastikan isi dengan betul.
.
Terutama skali bahagian pelepasan cukai untuk insurans/takaful.
.
Jika melanggan pelan perlindungan insurans/takaful nyawa dan medical , sama ada melalui potongan gaji atau bayaran sendiri, maka layak menuntut pelepasan cukai pendapatan 2018, terdapat 2 bahagian :
.
1. Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji – pelepasan sehingga RM6000
2. Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji – pelepasan sehingga RM3000.
.
Persoalan :

Tetapi saya ada plan medical card?
.
Adakah caruman saya 100% masuk bahagian no.2?
Manfaat sakit kritikal, masuk bahagian mana?
.
Jika plan medical card rider, macam mana nak asingkan caruman untuk claim no1 dan no2?

Jawapan : Dapatkan penyata Tax dari syarikat melalui agen/syarikat. Kebiasaan syarikat akan hantar surat kepada peserta.

Sebagai contoh (rujuk gambar):

Peserta ini melanggan produk takaful, ada manfaat kematian, sakit kritikal dan medical card. Bukan plan Takaful pendidikan.

Dengan adanya penyata ini, senang nak tentukan jumlah yang layak untuk pengecualian. Hanya masukkan jumlah sahaja.

Mudah dan senang.

Zariff
INFAQ Consultancy

Nota : Setiap produk ia berbeza pengiraan. Lain syarikat dan lain produk,lain pembahagian. Perlu rujuk syarikat masing-masing.

#bukantaxagen
#agentakaful
#infaqconsultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tulisan ini di ambil dari FB Hafiz al-Ansari berkenaan cara…