16 Perangkap #nerakawang Anak Muda

16 perangkap #nerakawang yang ramai anak muda terjerat tanpa disedari

 

Beli kereta yang berharga melebihi setahun gaji

 

Tidak berdisiplin apabila menggunakan kad kredit. Asalnya pakai utk “cashless” akhirnya terus jadi “moneyless”

 

Buat personal loan untuk tampung kos perkahwinan.

Terjebak skim cepat kaya. Sekali terjebak, dah buat untung kemudian tersontot, akan rasa ketagih.

 

Beli rumah untuk tinggal sendiri dengan installment yang lebih tinggi daripada kadar sewa.

 

Belanja sama banyak dengan duit gaji. Lagi teruk, belanja melebihi gaji.

 

Tak disiplin untuk membuat simpanan. Tiada rancangan untuk membuat pelaburan.

 

Duit lebih banyak untuk tampung gaya hidup, bukan sara hidup, seperti handphone, gajet, bil telefon, bil internet dsb

 

Sukakan skim pembiayaan mudah a.k.a hutang dengan mudah apabila membeli barang.

Suka membeli-belah secara online.

Berkira untuk memberi sumbangan kepada ibu dan ayah. Berkira juga untuk bersedekah dan menderma.

 

Menghabiskan duit untuk menjaga jodoh orang lain.

 

Berhutang, tapi culas nak bayar. Contoh, hutang PTPTipu.

 

Belanja makan di restoran mahal hanya untuk ambil gambar selfie dan update di media sosial.

 

Hutang tak bayar, tapi boleh pula pergi travel. Siap selfie lagi.

 

Nak ambil takaful, kata membazir. Lepas kena musibah, marah kenapa tak boleh cover.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com