fbpx

2020-Cabaran Untuk Kekal Relevan

  • 6 years ago
  • 6Minutes
  • 1122Words
  • 478Views

Tak sampai setahun lagi, menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh PM ke 4, bakal ditempuh ketika Malaysia Baru di bawah PM ke 7.

Jika tiada sebarang aral melintang, orang yang sama mencetuskan idea ini, adalah orang yang sama memimpin Malaysia 2020. Ya, jika tiada aral melintang dari Port Dickson. Hoho!

Nota: Ini bukan posting politik ya.

Ketika idea Wawasan 2020 ini diumumkan, saya masih di bangku sekolah. Terbayang Malaysia sebagai negara maju dengan kereta terbang. Juga terbayangkan robot boleh bercakap membantu kerja-kerja manusia, pada tahun 2020. Selain itu pengangkutan manusia hanya menggunakan teleportasi.

Tinggal beberapa bulan lagi tahun 2020.

Selepas hampir 30 tahun idea ini dicetuskan, tidak nampak bibit-bibit kereta terbang dan robot boleh bercakap yang pernah dibayangkan dahulu. Teleportasi hanya dalam filem.

Tapi, ada banyak teknologi yang langsung tidak terbayang dahulu, kini wujud. Ia ternyata melebihi imaginasi awal Wawasan 2020!

30 – 25 tahun lepas, penggunaan faks dan pos telegram adalah cara terpantas utk menghantar dokumen dan surat penting.

Sekitar pengunjung 90-an, teknologi e-mel yg mesra pengguna mula dipopularkan sehingga faks dan telegram mula ditinggalkan sedikit demi sedikit.

Hari ini kedua-dua perkhidmatan ini sudah hampir pupus apabila digantikan dengan teknologi-teknologi media sosial baru.

Masa, kualiti dan kos yg membezakan antara faks / pos telegram dengan e-mel.

25 tahun lepas, manusia merakam gambar menggunakan kamera memerlukan filem atau lebih popular dgn panggilan “Kodak”.

Kini selepas 25 tahun, syarikat Kodak yg pernah menjadi trend-setter industri kamera hampir tidak releven lagi hanya kerana mereka kekal konsisten dgn model bisnes asal mereka.

Kamera digital mengubah landskap industri kamera apabila “Kodak” tidak lagi diperlukan dalam merakam gambar dan proses cetakan juga diambil alih oleh mesin cetak (printer) yg boleh diguna dari rumah.

Kemudian teknologi telefon bimbit pula hampir menggantikan kamera digital!

Jika dahulu ketika menggunakan kamera berkodak; pengguna mengambil masa kira-kita 3 ke 7 hari utk mencetak gambar di kedai gambar – itupun hanya selepas kesemua filem negetif digunakan dgn kebarangkalian ada gambar yg rosak. Tapi hari ini ia boleh dilakukan dalam masa beberapa minit malah beberapa saat dgn hanya di rumah!

Sekali lagi – masa, kualiti dan kos yg membezakan antara kamera berkodak dengan kamera digital dan kamera di dalam telefon bimbit.

20 tahun lepas, Nokia menjadi rebutan pengguna telefon bimbit dgn puluhan model yg trendi dan mempunyai pelbagai pilihan daripada remaja, eksekutif hingga ke bisnesman.

Selepas 20 tahun CEO Nokia menangis apabila Nokia sudah tidak lagi berada dalam main-stream industri telefon pintar dgn katanya “”Kami tidak melakukan sesuatu kesalahan, tapi saya tidak tahu mengapa kami kalah”.

Teknologi telefon bimbit daripada Apple dan diikuti rapat oleh Samsung meninggalkan Nokia jauh di belakang bersama tangisan CEOnya.

Adakah Apple bakal menerima nasib yang sama sepert Nokia? Bibitnya mula kelihatan.

Malah, jika sebelum 15 tahun lalu kamera digital menggantikan kamera berfilem, dalam masa 15 tahun terkebelakang ini juga, fungsi asas kamera digital digantikan dgn fungsi kamera dalam telefon pintar.

15 tahun lalu industri telekomunikasi di Malaysia yg diterajui Celcom, DIGI dan Maxis mempromosi plan-plan mereka yg menekankan kos panggilan dan SMS yg murah.

Hari ini, SMS sudah hampir tidak relevan dan hanya tinggal panggilan sahaja yg masih sedikit relevan buat pengguna telefon.

Kemunculan teknologi media sosial terutama Whatsapp, Telegram, Facebook Messager mengubah lanskap industri telko. Mujurlah Celcom, Maxis, DIGI cepat-cepat sedar dgn menawarkan plan-plan yg fokus kepada data plan.

SMS semakin kurang berfungsi dgn diganti dgn telegram dan whatsapp. Tidak mustahil akan datang fungsi panggilan telefon juga semakin tidak relevan apabila panggilan dan teleconference dpt diadakan melalui media sosial semakin mudah.

Sekali lagi- masa, kualiti dan kos yg memberi pukulan KO kpd Nokia dan SMS.

10 tahun lalu, teksi masih merupakan pengangkutan awam alternatif yg cepat dan mudah diakses pengguna dgn bayaran yg lebih tinggi berbanding bas, komuter, LRT.

Hari ini, sekali lagi menerusi teknologi e-hailing daripada Uber, GrabCar, MyCar – merubah penduduk-penduduk di kawasan urban menanggapi teksi.

10 tahun lepas, kepercayaan kita ialah teksi hanya boleh diperolehi apabila kita menunggu di tepi jalan atau di perhentian teksi tapi hari ini ia berubah sama sekali – hanya perlu tunggu di hadapan telefon bimbit!

Apakah faktornya? Sekali lagi MASA, KOS dan KUALITI.

Inilah yg pengguna mahukan.

Sebagai businessman, kita perlu melihat keperluan pelanggan sebagai cabaran, bukan halangan.

Dalam kes Kodak, Nokia, Whatsapp, Telegram, hingga ke Uber, Grab, MyCar – satu pengajaran utk bisnesman ialah kita perlu dinamik dan jangan statik.

Terkini ialah FINTECH, kalimah baru yg kita dengar setahun dua ini, akronim Financial Technologi.

Di Malaysia kita sudah lihat ia berlaku pada skala kecil.

20 tahun lepas, urusan perbankan perlu dilakukan di kaunter ataupun paling cepat di mesin ATM.

Proses pemindahan wang dari satu akuan ke satu akaun, memerlukan pergerakan fizikal ke kaunter utk mengisi borang. Oh ya, sebelum itu perlu mengambil nombor giliran terlebih dahulu. Paling cepat pun menggunakan mesin ATM, itupun masih perlu beratur.

Kira-kira 15 tahun lepas, Maybank memperkenalkan internet banking Maybank2u, ramai juga yg skeptikal terutama dari aspek keselamatan.

M2U dan internet banking mengalami evolusi yg pantas sehingga hari ini ia menjadi begitu relevan dan diekori rapat oleh CIMB dgn CIMBClick-nya dan bank-bank lain.

Dalam kes ini, sekali lagi MASA, KUALITI dan KOS yg menjadi pemangkin pertumbuhan internet banking.

Makin lama makin lama, teknologi ini semakin mendapat tempat dan ia tidak semestinya dipelopori oleh gergasi industri kewangan seperti perbankan, syarikat takaful, syarikat insurans, syarikat unit trust dan lain-lain.

Ia wujud dalam bentuk website, aplikasi smart phone, gajet dan lain-lain.

Tidak mustahil akan datang, masyarakat sudah tidak perlukan lagi berurusan dengan pegawai bank utk membuat permohonan fasiliti bank seperti pembukaan akaun, permohonan pembiayaan perumahan atau kereta.

Juga permohonan kad kredit, hanya perlu berurusan di hadapan komputer atau smart phone dan kad akan dipos ke alamat rumah.

Tidak mustahil juga peranan ejen dalam bisnes takaful, insurans dan unit trust semakin minima dan digantikan dengan aplikasi smart phone.

Atau tidak mustahil juga kad kredit sudah tidak lagi relevan dan digantikan dengan matawang digital! Siapa tahu bukan?

Sekarang pun sudah ada beberapa website yg dibangunkan oleh pihak-pihak tertentu yg mempunyai fungsi perbandingan produk-produk dan fasiliti-fasiliti kewangan yg ada di pasaran, seperti website I-Money.

Juga website MyEg yg dibangunkan beberapa tahun lalu kini menjadi pesaing hebat kpd ejen-ejen takaful dan insurans am yg semakin lama semakin hilang bisnes mereka.

Sedar tak sedar, sejak 2-3 tahun ini, berlaku penutupan cawangan-cawangan bank-bank besar dan terkemuka di Malaysia, sama ada diumumkan secara besar-besaran atau pun tidak.

Soalan; Jadi apakah persediaan utk pemain-pemain dalam industri kewangan, terutama ejen-ejen takaful, ejen insurans, ejen unit trust, pegawai pemasaran bank, pegawai pemasaran kad kredit dan lain-lain yg seangkatan?

Jawapan; Upgrade diri dengan ilmu dan pengalaman. Jika kita masih lagi spt ejen biasa yg bersepah dalam pasaran yg hanya sekadar salesman, kita akan semakin tidak relevan apabil teknologi mengambil alih. Tapi jika kita mempunyai ilmu dan pengalaman yg luas, sentuhan emas kita tidak dapat diganti dengan teknologi.

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy

(Dah habis baca artike panjang ini? Komen sikit 🙂 Paling kurang klik share)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tulisan ini adalah dari FB Pn Aznah Arshad yang mengisahkan…