fbpx

2020 Tidak Seperti Yang Dibayangkan

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 539Words
  • 487Views

No photo description available.

Tiada siapa menyangka, pada tahun 2020 yang sepatutnya kita menyambut Malaysia sebagai negara maju, kita berada di rumah masing-masing dengan berhadapan 3 krisis.

 

3 Krisis

  1. Krisis kesihatan yang semua sedang terkesan angkara Covid-19 yang menyebabkan kita terpaksa kuarantin di rumah.
  2. Krisis politik yang berlarutan sejak PRU 2018 sehingga Februari 2020 yang menyaksikan 2 kali kerajaan Malaysia berubah angkara perebutan kuasa orang politik.
  3. Krisis ekonomi yang menyaksikan komoditi-komoditi hasil bumi Malaysia yang jatuh teruk seperti minyak mentah dan sawit, serta kejatuhan Bursa Malaysia.

Sebelum ini pun kita pernah hadapi krisis-krisis di atas tapi tidak pernah serentak sebegini dan seteruk kali ini.

Kita pernah menghadapi krisis politik tahun 1998 yang menyaksikan Timbalan Perdana Menteri dipecat oleh PM yang membawa kepada reformasi ketika Malaysia menghadapi krisis mata wang Asia.

Kita juga pernah beberapa kali menghadapi krisis kesihatan sewaktu wabak SARS, Ebola, virus nipah, H1N1, jerebu yang pernah menerima perintah darurat beberapa tempat.

Jika krisis ekonomi, tak usah cakaplah. Beberapa kali kita hadapi. Selain krisis mata wang Asia tahun 1997 ke 1999 kita pernah hadapi krisis ekonomi kesan sub Prima yang berlaku di US, sepuluh tahun selepas itu, 2007. Atau tragedi Black Monday 1987.

Kebetulan pula krisis-krisis ekonomi yang berlaku dalam kitaran 10 tahun

1987, Black Monday
1997, krisis mata wang Asia
2007, krisis sub-prima

Dan cuba lihat yang terdekat sebelum ini,
2017, berlaku pula krisis harga petrol. Sebenarnya bermula 2015 lagi. Saja bagi nak nampak ada nombor 7 kat belakang. Pengkaji teori konspirasi tentu tertarik dengan kitaran yang berlaku dan nombor tahun ini

Berdasarkan ramalan dan jangkaan pakar ekonomi sekitar tahun 2017-2018, krisis ekonomi yang berlaku boleh pulih “beberapa” tahun, sebagaimana sebelum ini.

Tapi tahun 2019, rupa-rupanya datang virus Coronavirus. Keadaan makin teruk. Jika kejatuhan harga minyak mentah beberapa tahun lepas memberi kesan kepada sektor minyak dan gas, kini Covid-19 memukul sektor pelancongan. Ia mempunyai kesan berantai lain juga dan kita dah lihat impaknya.

Tambah parah, kita di Malaysia dalam krisis politik yang berlarutan apabila kerajaan PH yang baru 2 tahun lebih mengambil alih dari BN, runtuh sebaik sahaja PM 7 meletak jawatan dan diganti oleh PN.

Belum pernah selama ini kerajaan meluluskan moratorium untuk sellluruuh pengguna personal dan SME secara automatik begini. Seteruk krisis ekonomi 1997 dan 1987, kerajaan tak ambil tindakan untuk moratorium.

Seteruk mana krisis petrol, ia tetap digunakan dan jual beli berjalan. Tapi wabak Covid-19 menyebabkan penduduk bum tidak lagi melancong dan menyebabkan syarikat penerbangan, hotel, egensi pelancongan, tutup.

Seteruk-teruk wabak JE, virus nipah, H1N1, Ebola, jerebu sebelum ini belum pernah terpaksa sellluruuh rakyat Malaysia duduk dalam rumah dalam masa sebulan.

Sehebat-hebat gerakan reformasi, hanya 1 negeri sahaja yang bertukar kerajaan dan sekuat-kuat tsunami politik 2008, hanya 4 negeri sahaja berubah tampuk kepimpinan melalui PRU 12. Tapi angin politik kali ini lain macam sampai 2 kali kerajaan Malaysia berubah dalam masa kurang 3 tahun.

Bersedialah wahai rakyat Malaysia, ini baru permulaan untuk krisis yang lebih parah selepas ini jika tidak ditangani dengan baik. Nak suruh duduk diam di rumah pun degil sampai terpaksa kerahkan tentera.

Kita berada di akhir zaman. Usia dunia semakin ke penghujung.

Selalunya selepas gerimis, ada pelangi. Tapi kadang-kadang banjir kilat. Amiiin.

Jom kita doakan agar geremis segera pergi dan muncullah pelangi. Paling kurang, tak ads pelangi pun tak mengapa asal tak banjir kilat.

Afyan Mat Rawi
Hari ke 8 perintah kawalan pergerakan.

Gambar dari sumber MalayMail

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apabila kerajaan umumkan inisiatif bantuan pengeluaran KWSP selama 12 bulan,…