Amaran Awal Krisis Ekonomi Akan Berpanjangan. Sediakan “Bekalan” Dari Sekarang

COVID-19: Bantuan RM600 sebulan untuk pekerja terpaksa ambil cuti ...

Apabila kerajaan umumkan inisiatif bantuan pengeluaran KWSP selama 12 bulan, moratorium automatik selama 6 bulan, penangguhan bayaran takaful 3 bulan, tempoh PKP dilanjutkan sebulan serta segala macam pakej rangsangan ekonomi yang “no one will be left behind”, hati kecil saya melihat ia sebagai mesej amaran untuk kita semua bagi menghadapi situasi sukar yang lebih panjang.

Kerajaan berikan bekalan awal untuk kita bersedia musim “kemarau” yang panjang.

Paling kurang ia akan berlarutan selama 12 bulan sebelum ekonomi kita pulih. Itupun belum tentu pulih sepenuhnya sebab ia baru sahaja bermula.

1. Sekarang ramai yang sudah terjejas pendapatan mereka. Akan datang pasti ramai lagi. Yang belum terjejas, jangan selesa dengan kedudukan yang ada. Jika tidak berjaga-jaga, kelak akan merana.

2. Ambil peluang untuk keluarkan wang KWSP RM500 sebulan untuk keperluan. Jika tiada keperluan, boleh juga dijadikan tabung kecemasan. Pastikan ia digunakan ketika kecemasan untuk keperluan, bukan untuk emjoy sakan. RM500 x 12 = RM6,000 kita dapat simpan.

3. Dengan moratorium secara automatik juga kita boleh ambil kesempatan untuk tambah simapanan apabila tidak perlu membayar ansuran selama 6 bulan. Jika RM1,000 sebulan 6 bulan kita dapat tambah lagi RM6,000. Jika RM2,000 maka lagi lebih.

4. Hutang kad kredit sangat tinggi kadar keuntungan yang bank ambil. Lagi tinggi daripada personal loan dan hutang lain. Bincang dengan bank utk buat pengstukturan semula. Kemudian potong terus kad tersebut jika nak dapat impak drastik.

5. Kerajaan tak mampu untuk terus menerus untuk menanggung bebanan ini jika keadaan bertambah teruk. Jadi untuk kita sama-sama ringankan beban kerajaan yang secara automatik bebanan kita, tolong patuhi perintah kawalan pergerakan ini. Kalau arahan semudah duduk diam di rumah / stay at home pun sukar kita patuh, apatah lagi yang lain-lain?

6. Selepas tempoh 6 bulan moratorium berakhir, kita kena bayar balik ansuran kita tadi. Jika pendapatan kita terjejas, usahakan untuk berbincang dengan bank jalan terbaik untuk atasinya. Jangan Lari daripada bank. Mereka boleh pertimbangkan untuk pengstukturan semula atau pembiayaan semula hutang. Ia disebut juga RNR; refinance and restructure. Utamakan dulu untuk restructure balik hutang berbanding refinance.

7. Gunakan peluang berada di rumah untuk belajar memasak. Lepas habis tempoh PKP, boleh kekalkan makan masakan dari rumah berbanding makan luar. Ia jauh lebih menjimatkan. Selain itu ia juga menyihatkan.

8. Dalam tempoh PKP ini juga, boleh belajar untuk bisnes online. Boleh mulakan dengan bisnes yang orang sedang cari skrg seperti topeng muka, sanitizer, malah boleh juga perniagaan makanan. Atau paling kurang, jadi runner makanan dan barangan dapur. Boleh tambah duit dapur kita juga.

9. Belajar dan mula ajar anak-anak untuk belajar makan untuk hilangkan lapar, bukan untuk kenyang apatah lagi makan sedap. Lupakan Mekdi dan Kepci buat setahun dua ini.

10. Inilah masanya untuk buang segala macam bebanan kewangan yang ada. Langganan TV berbayar yang jarang sekali kita tonton, 2, 3 talian telefon internet, kad kredit 2, 3 keping dan sebagainya.

11. Rumah dan kereta adalah kos paling besar dalam sesebuah keluarga. Makin besar saiz rumah dan kereta, makin besar maintenance, sewa atau ansurannya. Jadi boleh juga plan slow-slow untuk kecilkan saiz rumah dan saiz kenderaan.

12. Masa yang panjang di rumah boleh gunakan untuk selongkar barang-barang, pakaian, perabot, alat elektrik dll sama ada kita benar-benar guna dan perlu atau sebenarnya ia dibeli sebab terpengaruh dengan jiran, makcik bawang atau Wowshop. Jika ada yang boleh kita jual, jual. Atau dermakan kepada yang memerlukan. Beban kurang, pahala pun dapat.

13. Bayangkan, hilang punca pendapatan pun kita risau memikirkan apa nasib anak-anak kita. Bayangkan kalau dengan kita-kita sekali hilang? Jadi, jika sedang plan nak hentikan takaful untuk ringankan beban, fikir sekali lagi. Boleh buat pengstukturan semula polisi-polisi takaful. Buang manfaat yang kurang penting. Fokus kpd protection. Rule of thumb: Caruman paling rendah, perlindungan paling tinggi.

14. Bagi peniaga kecil dan SME, model bisnes sebekum ini sudah tidak lagi relevan pasca Covid-19. Pengguna akan lebih berhati-hati menggunakan setiap sen mereka. Jadi mahu tak mahu, perlu bersiap sedia untuk mengubah model bisnes yang bersesuaian.

15. Kita berada di akhir zaman. Covid-19, kemelesetan ekonomi, bencana, hutang, gaji dan segalanya adalah ketentuannya. Doa mampu mengubahnya. Sepanjang PKP, biar kita lupa hari, tapi jangan lupa diri apatah lagi lupa Tuhan Maha Pemberi Rezeki.

IKLAN SIKIT:

E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW. 17 video + 1 ebook, dengan harga PROMOSI. 

Boleh tonton video di atas: Covid-19 : Urus Kewangan Dalam Musim Perintah Kawalan Pergerakan (Live dari Borak Kopitiam, TV3)

 

Afyan Mat Rawi <– Jemput follow dan see first
Besut, Terengganu.
(Berada di kampung sebelum PKP)

Tip lain di t.me/AfyanIFP

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com