fbpx

21 Jenis Pelepasan Cukai 2019

  • 3 years ago
  • 4Minutes
  • 650Words
  • 852Views

Tengah buat kira-kira untuk bayar cukai pendapatan ke tu?

Naik turun mana-mana parti dalam kerajaan, kita masih tetap kena bayar cukai pendapatan ya.

Setakat ini belum ada lagi mana-mana parti berani letak dalam manifesto, untuk menghapuskan LHDN 😁

Jadi, nak tak nak kita tetap kena bayar cukai walaupun parti yang kita sokong menang pilihanraya.

Bak kata pepatah Inggeris, “Nothing is certain but death and taxes”.

21 jenis pelepasan cukai 2019

Jadi, saya bantu rakan-rakan semua untuk senaraikan 21 jenis pelepasan cukai 2019.

Boleh rujuk infografik dari AKPK di sini

1. Individu dan saudara tanggungan (jumlah sehingga RM9,000)
2. Penjagaan Ibu Bapa

-Perbelanjaan untuk rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa. Keadaan kesihatan ibu bapa perlulah disahkan oleh pengamal perubatan. (jumlah sehingga RM5,000) ATAU

– Ibu dan Bapa (jumlah RM3,000)
– Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
– Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

3. Peralatan sokongan asas hanya untuk individu kurang upaya (OKU), suami atau isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya. (jumlah sehingga RM6,000)
4. Perbelanjaan individu Kurang Upaya (OKU) (jumlah sehingga RM6,000)
5. Yuran Pendidikan (Sendiri) (RM7,000)

i-Bagi peringkat selain Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

ii- Bagi peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) – sebarang bidang atau kursus pengajian

6. Perbelanjaan perubatan penyakit serius (sama ada individu atau suami/isteri atau anak-anak) (jumlah sehingga RM6,000)
7. Perbelanjaan bagi tujuan pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) (jumlah sehingga RM500)
8. Gaya Hidup (jumlah sehingga RM2,500)

i- Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

ik- Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

iii- Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan

iv- Bayaran langganan internet.

9. Pembelian peralatan penyusuan (sehingga RM1,000) dan terhad kepada sekali dalam tempoh dua tahun taksiran.
10. Perbelanjaan yuran penghantaran anak 6 tahun ke bawah ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah (sehingga RM1,000)
11. Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2019 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2019) (RM8,000)
12. Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri (RM4,000)
13. Suami atau Isteri pembayar kurang upaya (RM3,500)
14. Pembiayaan anak di bawah umur 18 tahun (RM2,000)
15. Pembiayaan anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) (RM2,000)
16. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut (RM8000):

i- mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institu pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia

ii- berkhidmat di bawah satu ikatanartikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; ataumengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

iii- kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

17. Anak Kurang Upaya (RM6,000)

Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

18. Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji (RM7,000)

i- Kategori penjawat awam berpencen
– Premium insurans nyawa

ii- Kategori SELAIN penjawat awam berpencen
– Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000)
– Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)

19. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. (RM3,000)
20. Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji (RM3,000)
21. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) (RM250)

Diharapkan semoga artikel ini memberi manfaat buat anda!

Follow FB Afyan Mat Rawi dan klik see first untuk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

IKLAN sikit: Kalau nak dapat ilmu untuk jimatkan cukai pendapatan sehingga 70%, boleh baca ebook ini di link ini

Ada 2 ebook dan 7 video dalam tu.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Gambar sejadar hiasan Sempena keputusan SPM yang keluar minggu ini.…