21 Pelepasan Cukai

Sempena musim bayar cukai, saya kongsikan tulisan yang viral beberapa bulan lepas berkenaan SENARAI PELEPASAN CUKAI 2018 UNTUK TUJUAN E-FILING 2019

Bukan tulisan saya, tak pasti sumbernya. Tapi isinya sangat bermanfaat untuk rakan-rakan yang sedang membuat kira-kira untuk membayar cukai.

LHDN telah mengumumkan sebanyak 21 senarai pelepasan cukai untuk tahun 2018.

Tuan-Puan perlulah meneliti setiap satu daripadanya jika ianya terdapat dalam perbelanjaan gaji anda supaya anda boleh menikmati pelepasan cukai.

Berikut merupakan senarai 21 jenis pelepasan cukai tersebut:

1. Individu dan saudara tanggungan (jumlah sehingga RM9,000)

2. Penjagaan Ibu Bapa

    • Perbelanjaan untuk rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa. Keadaan kesihatan ibu bapa perlulah disahkan oleh pengamal perubatan. (jumlah sehingga RM5,000) ATAU
    • Ibu dan Bapa (jumlah RM3,000)
    • Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
    • Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

3. Peralatan Sokongan Asas hanya untuk individu kurang upaya (OKU), suami atau isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya. (jumlah sehingga RM6,000)

4. Perbelanjaan individu Kurang Upaya (OKU) (jumlah sehingga RM6,000)

5. Yuran Pendidikan (Sendiri) (RM7,000)

    • Bagi peringkat selain Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
    • Bagi peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) – sebarang bidang atau kursus pengajian

6. Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (sama ada individu atau suami/isteri atau anak-anak) (jumlah sehingga RM6,000)

7. Perbelanjaan bagi tujuan pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) (jumlah sehingga RM500)

8. Gaya Hidup (jumlah sehingga RM2,500)

    • Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
    • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
    • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
    • Bayaran langganan internet.

9. Pembelian peralatan penyusuan (sehingga RM1,000) dan terhad kepada sekali dalam tempoh dua tahun taksiran.

10. Perbelanjaan yuran penghantaran anak 6 tahun ke bawah ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah (sehingga RM1,000)

11. Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2018 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2018) (RM6,000)

12. Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri (RM4,000)

13. Suami atau Isteri pembayar kurang upaya (RM3,500)

14. Pembiayaan anak di bawah umur 18 tahun (RM2,000)

15. Pembiayaan anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) (RM2,000)

16. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

    • Mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
    • Mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
      kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

17. Anak Kurang Upaya (RM6,000)

Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

18. Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji (RM6,000)

19. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. (RM3,000)

20. Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji (RM3,000)

21. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) (RM250)

Jika diteliti, pelepasan cukai yang tidak tersenarai pada tahun ini adalah potongan cukai sebanyak RM10,000 untuk pembelian rumah seperti yang tersenarai pada tahun sebelum ini.

Diharapkan semoga artikel ini memberi manfaat buat anda!

Untuk mengetahui lebih detail, saya sarankan Tuan-Puan membaca ebook tulisan Tuan Khairul Amal Hashim ini.

Harga ebook ini asalnya RM50 sebuah tapi dengan promosi dalam masa terhad, anda boleh dapat 2 ebook dengan harga 1 ebook!

E-BOOK BERKEMBAR CUKAI PERTAMA DI MALAYSIA!🇲🇾

Akan dapat 2 ebook iaitu:
101 RAHSIA PENJIMATAN CUKAI
TIPS JIMAT CUKAI BISNES

Link Tempahan : 101 RAHSIA PENJIMATAN CUKAI DAN TIPS JIMAT CUKAI BISNES 
Link Tempahan : 101 RAHSIA PENJIMATAN CUKAI DAN TIPS JIMAT CUKAI BISNES 
Link Tempahan : 101 RAHSIA PENJIMATAN CUKAI DAN TIPS JIMAT CUKAI BISNES 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com