fbpx

3 Kerajaan Mentadbir Malaysia, Dengan 4 orang Perdana Menteri, Akhirnya Berjaya Turunkan Harga Ayam Sebanyak 20 sen

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 363Words
  • 282Views

Sejak dari zaman kerajaan Barisan Nasional, kemudian tukar kepada Pakatan Harapan dan sekarang Perikatan Nasional, kajian demi kajian kos sara hidup dijalankan….

Sejak daripada zaman Perdana Menteri Najib Tun Razak, kemudian bertukar kepada Tun Mahathir, diikuti Tan Sri Muhyidin Yassin hingga ke Dato’ Sri Ismail Sabri.

Daripada cadangan membina makmal kos sara hidup pada tahun 2013 yang diumumkan oleh Khairy Jamaluddin.

Kemudian cadangan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Zahid Hamidi untuk tubuhkan jawatankuasa untuk bincang kos sara hidup, pada tahun 2015.

Akhirnya barulah ditubuhkan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara, pada tahun 2017.

Maka pada tahun 2019, kerajaan mengumumkan akan memulakan kajian menyeluruh punca peningkatan kos sara hidup.

Alhamdulillah, pada tahun 2022 barulah nampak hasilnya….

3 kerajaan mentadbir Malaysia, dengan 4 orang Perdana Menteri, akhirnya berjaya juga turunkan harga ayam sebanyak 20 sen.

Alhamdulillah, selepas bertahun-tahun kajian demi kajian dijalankan akhirnya ia diterima sebagai cadangan untuk membuat kajian baru.

Suka saya cadangkan kepada kerajaan beberapa lagi institusi untuk memantapkan lagi usaha-usaha kajian yang dibuat.

Selain daripada makmal, jawatankuasa dan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup, ada beberapa lagi institusi yang sesuai ditubuhkan, antaranya ialah:

✔Tadika Sara Hidup
✔Sekolah Rendah Sara Hidup
✔Sekolah Menengah Sains Sara Hidup
✔Maktab Rendah Sains Sara Hidup
✔Institut Pengajian Kos Sara Hidup
✔Jabatan Kaji Sara Hidup
✔Fakulti Pengajian Sara Hidup Rakyat
✔Kolej Universiti Sara Hidup Malaysia
✔Universiti Kajian Sara Hidup Malaysia
✔Kementerian Khas Kajian Sara Hidup
✔Duta khas bertaraf menteri untuk mengkaji kos sara hidup di luar negara

Dengan adanya institusi-institusi di atas, saya yakin kos sara hidup rakyat akan semakin mudah untuk dikaji setiap tahun.

Bercukurlah teman-teman, Malaysia masih aman. Janji dicapati.

Teringat ceramah al-Fadhil Ustaz Badli Shah tentang kapal nak karam.

Kapal orang Cina,
“Kapitan, kapal mau karam!”
“Haiiyaaa…Kita selamatkan wang-wang kita dahulu”.
Kapal orang Arab,
“Ya Sheikh, kapal mahu karam!”
“MasyaAllah, kita selamatkan perempuan-perempuan dahulu”
Kapal orang Melayu,
“Tuan, kapal nak karam!”
“Kita tubuh jawatankuasa untuk bermesyuarat terlebih dahulu….”
Bercukurlah, Malaysia masih aman.

IKLAN: Jom kita belajar ilmu kewangan supaya kita dapat berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang menggila. Tak ada ahli politik yang peduli nasib kita, melainkan diri kita.

Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang

BukuBMW.com
BukuBMW.com
BukuBMW.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Harga rumah naik sebab bank Islam? Ini antara dakwaan sesetengah…